Recent Post

Thursday, August 13, 2015

Nissan buka pusat 4S di Glenmarie


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

ANG Bon Beng (kanan) memberi taklimat model baharu Nissan Almera kepada Menteri Pengankutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) selepas pembukaan rasmi Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd Glenmarie Pusat 4S di Seksyen U1, Temasya Indutrial Park. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Pusat 4S (jualan, servis, alat-alat ganti dan cat sembur) utamanya dengan ruang binaan seluas 165,318 kaki persegi di Glenmarie, di sini.

Pusat itu yang dibangunkan dengan pelaburan RM20 juta, mempunyai 28 profesional jualan dan paparan 15 model Nissan.

Pengarah Eksekutif ETCM Datuk Dr Ang Bon Beng berkata sejak tempoh 12 bulan lepas, syarikat itu telah menaik taraf rangkaian dan kemudahannya bagi menyediakan kepada keperluan pemilik Nissan di seluruh negara.

"Ini penting susulan rangkaian penuh model-model Nissan yang kami perkenalkan dan bagi menangani keperluan pelanggan kami," katanya pada majlis pelancaran pusat 4S itu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, di sini, hari ini.

Pusat servis canggih itu mempunyai 27 ruang kereta dan boleh menyenggara sehingga 100 kereta sehari pada purata 3,000 kenderaan sebulan.

Nissan mencapai prestasi jualan 8.5 peratus dalam separuh pertama tahun ini, katanya, sambil menambah ETCM yakin dapat mengekalkan momentum bagi tempoh berbaki tahun ini. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *