Recent Post

Thursday, August 13, 2015

Cadangan Ismail Sabri buka 'Plaza Low Yat 2' membimbangkan - MCA


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri untuk membuka "Plaza Low Yat 2" khusus untuk peniaga dan pembekal melayu disifatkan sebagai membimbangkan oleh MCA.

Menurut Naib Presidennya, Datin Chew Mei Fun, kejadian rusuhan terbabit yang berpunca dari insiden mencuri telefon bimbit baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan alasan.

"Adalah menyedihkan apabila Menteri terbabit memilih untuk mengikut rentak media sosial dan mengenepikan hakikat yang insiden (rusuhan) itu tiada kaitan dengan sentimen perkauman.

"Untuk itu kenyataan beliau itu memperlihatkan sama ada beliau menutup mata, atau gagal untuk memahami situasi negara yang terdiri dari pelbagai kaum," kata Chew dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi, kenyataan Ismail itu dilihat seolah-olah bersetuju d engan penyebar fitnah di laman maya yang boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.

"Sebagai anggota Kabinet, adalah tanggung jawab Ismail untuk memperjuangkan perpaduan kaum dan bukannya memecah belahkan lagi.

"Apabila pasaran dibenarkan untuk mendiskriminasi sesuatu kaum, ia ibarat (pemerintahan) apartheid," katanya lagi.

Chew sebaliknya mencadangkan agar Ismail mengadakan dialog bagi menggalakkan komunikasi lebih baik antara pelbagai kaum.

Ismail pada Selasa mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat, di Jalan Raja Laut.

Pembukaan pusat itu turut diharap akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.

Mengikut pelan yang dicadangkan, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *