Recent Post

Wednesday, August 19, 2015

Azmin Ali Diragui Sekutu Sendiri Isu DEIG Ala 1MDB


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KETIKA pembangkang kecoh bising mengenai 1MDB konon bermasalah teruk dan bertindih fungsi dengan Khazanah Nasional Berhad, mereka pada masa sama cuba menyorok isu sama di Selangor yang jauh lebih parah.

Demi kepentingan politik anti-BN, kisah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang berperanan sama macam Menteri Besar Incorporated (MBI) seperti dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat negeri itu selama ini.

Cerita asalnya, sayap pelaburan kerajaan Selangor itu ditubuhkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali pada akhir 2014 lalu sebagai percubaan bagi menghapuskan segala legasi kesan pentadbiran, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anehnya tidak seperti 1MDB yang jauh lebih telus sehingga boleh disiasat pihak berwajib, DEIG sebaliknya diwujudkan di bawah MBI melalui Akta Syarikat 1967 dengan taraf bebas audit daripada mana-mana pihak.

Ramai penganalisis politik melihat DEIG sengaja ditubuhkan Azmin agar urusan pelaburan kerajaan negeri tidak lagi dibayangi sejarah gemilang MBI yang pernah dinaungi Khalid sebelum beliau dipecat oleh PKR sendiri.

Malangnya, agenda tersirat Azmin sebagai Menteri Besar yang belum genap cukup setahun itu kini berada dalam 'kepanasan' apabila DEIG diilhamkan beliau ditolak oleh ramai ADUN Selangor pada sidang DUN kali ini.

Ini sekali gus cipta sejarah kerana penubuhan DEIG bukan sahaja ditolak ADUN BN dan wakil tunggal Bebas iaitu Khalid sendiri, malah ramai ADUN DAP dan seorang ADUN Pas yang digantung keahlian, Saari Sungib.

Jika pada Selasa, Azmin berdepan ibarat buku bertemu ruas dengan bekas MB yang juga ADUN Bebas Pelabuhan Klang itu berdebat mempertikaikan tindakannya sengaja 'mengubahsuai' MBI melalui penubuhan DEIG.

Pada Rabu, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib yang digantung keahlian Pas selama setahun bangun mengusulkan agar operasi DEIG yang penuh misteri dan keraguan integriti itu langsung dihentikan dengan serta-merta.

Bercakap dalam sidang DUN, beliau menegaskan sekali lagi bahawa kebimbangan hampir majoriti wakil rakyat Selangor adalah berkenaan keperluan untuk menubuhkan satu lagi entiti baharu sama fungsi seperti MBI.

Dalam masa sama, Saari bimbang akan kurangnya keseimbangan kredibiliti dalam proses urusan pentadbiran apabila DEIG dan MBI secara kebetulan pula kini 'dikuasai' oleh orang yang sama iaitu Azmin sendiri.

Keadaan ini nyata jauh berbeza daripada Khazanah dan 1MDB yang walaupun langsung dimiliki oleh kerajaan Pusat, tetapi masih telus melantik individu berlainan bagi segala urus tadbir korporat secara profesional.

"DEIG ini sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk strategi pelaburan kesemua anak syarikat di bawah MBI. Kebimbangan kami adalah apakah keperluan untuk menubuhkan DEIG pada masa ini?

"Walhal MBI pun sudah ada… kita hendak memastikan ketelusan dan akauntabiliti…. kita takut tidak cukup untuk semak dan imbang," katanya ketika membahaskan usul berkenaan sekali gus mengejutkan banyak pihak.

Kedudukan dan bidang kuasa DEIG juga dikhuatiri akan melangkaui MBI yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap 12 anak syarikat terdapat dalam kumpulan induk MBI yang terus di bawah kerajaan negeri tersebut.

Sehubungan itu, Saari berpendirian penjelasan rasmi mengenai strategi dan hala tuju DEIG perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Selangor khasnya yang mula curiga melihat isu tersebut.

"DEIG akan jadi terlalu berkuasa boleh uruskan semua GLC di bawah MBI… kita hendak kurangkan kuasa syarikat itu. Kita cadang pembentangan rasmi DEIG dalam bentuk kertas putih pada sidang akan datang," jelasnya.

Saari digantung oleh kepimpinan Pas Pusat daripada menjadi wakil rakyat Pas selama 12 bulan sejak November lalu selepas menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB baharu Selangor.

Pas Selangor ketika itu diarahkan agar teguh menyokong Khalid dan selepas 'drama politik' yang panjang, beliau mengubah sokongan kepada Azmin yang berjaya 'menyingkirkan' pesaingnya itu yang juga ADUN baharu Kajang.

Turut bersuara nada sama adalah ADUN BN dari Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang berkata, penubuhan DEIG menambahkan lagi kecelaruan serius aspek pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya kini.

Kerajaan Selangor sepatutnya memperkemaskan pentadbiran MBI yang sedia ada tanpa perlu mewujudkan entiti baharu. Persoalannya kenapa perlu ditubuhkan entiti lain? Mengapa tidak MBI itu sendiri diperbetulkan.

"Menubuhkan entiti lain timbulkan banyak persepsi, dalam keadaan ia ditubuh melalui Akta Syarikat 1967 dan ia boleh buat pinjaman serta tidak perlu lapor terus kepada kerajaan negeri," katanya. -Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *