Recent Post

Wednesday, August 19, 2015

"Tuduh-menuduh isu guling kerajaan tidak untungkan UMNO" - Syed Ali


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, pendedahan kononnya ada komplot atau gerakan untuk menjatuhkan kerajaan membabitkan pemimpin UMNO tidak akan menguntungkan parti.

Katanya, tuduhan kononnya terdapat wakil rakyat UMNO yang mahu menggulingkan kerajaan bersama pembangkang merupakan serius dan boleh menjarakkan hubungan sesama ahli parti.

"Saya bimbang isu tersebut akan dipergunakan pihak berkepentingan untuk merosakkan UMNO dan kerajaan sedia bada.

"Ada pendedahan tetapi tak jelas siapa yang terlibat nak guling kerajaan, ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak menguntungkan UMNO," ujarnya di dalam catatan terbaru di blognya.

Syed Ali turut kesal kerana sejak 'pendedahan' itu berlaku tuduh-menuduh sesama pemimpin UMNO disamping turut memberi kesan kepada ahli-ahli parti diperingkat akar umbi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada komplot untuk menjatuhk an kerajaan yang turut membabitkan wakil rakyat UMNO.

Berikutan itu tersebar khabar-khabar angin kononnya beberapa pemimpin UMNO termasuk yang berada dalam kabinet terbabit dan nama yang didakwa itu terpaksa membuat penafian dan laporan polis.

"Saya lihat isu ini tidak menguntungkan sesiapa, yang rosaknya UMNO, ahli-ahli di bawah mula curiga sesama sendiri," tegasnya.

Dalam hal ini, Syed Ali tidak menolak kemungkinan ada dalang tertentu yang cuba menghancurkan UMNO daripada dalam.

Katanya, tidak mustahil ketika UMNO dilanda pelbagai isu politik semasa ada pihak tertentu mengambil kesempatan merosakkan parti demi kepentingan peribadi.

"Saya amat khuatir dalam kedaaan senario politik yang agak kritikal ini, mungkin ada pihak ambil kesempatan memecah-belahkan UMNO," ujarnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menangani isu tersebut dengan segera.

" Najib selaku Presiden UMNO perlu menyekat perbuatan tuduh-menuduh sesama pemimpin UMNO yang didakwa terbabit menggulingkan kerajaan.

"Ia sekali gus akan menjejaskan hubungan baik sesama pemimpin UMNO dan memberi peluang pihak pembangkang mengeksploitasikan keadaan.

"Pemimpin di atas berkecamuk sesama sendiri akibat tuduh-menuduh, yang jadi mangsa adalah ahli-ahli di bawah, mungkin mereka akan terhakis sokongan kepada pemimpin tertentu," tegasnya.

Mengenai desakan banyak pihak supaya Ahmad Zahid berterus-terang mendedahkan siapa yang terbabit mahu menggulingkan kerjaaan, Syed Ali berkata perkara itu terpulang sepenuhnya kepada Zahid.

"Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri yang dedahkan perkara (komplot) itu, tentu beliau ada maklumat atau fakta munasabah untuk menyokong dakwaan tersebut," ujarnya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *