Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Azwan Ali atau Diva AA telah membuat laporan polis selepas dirinya diugut tumbuk oleh salah seorang pengikut akaun Instagram miliknya jika mereka berjumpa.
Ini kerana Azwan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Susulan ugutan tersebut, Azwan telah bertindak untuk membuat satu laporan polis dan mahu mengheret individu tersebut ke mahkamah. Malah beliau juga telah membuat laporan di SKMM bagi menjejaki pengikut tersebut.
Untuk pengetahuan semua, pengacara ini merupakan penyokong tegar Najib Razak selain mendukung setiap saranan kerajaan.
Tindakannya itu dalam masa yang sama turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya dan seperti bi asa, bagi sesiapa yang tidak sehaluan dengan pendiriannya, Azwan akan block terus individu tersebut di laman sosial tersebut.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment