Recent Post

Wednesday, August 19, 2015

Ringgit ditutup 0.38 peratus tinggi berbanding dolar AS


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup 0.38 peratus tinggi berbanding dolar AS hari ini, selepas 12 hari mencatat penurunan.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut pada 4.0860/0920 berbanding dolar AS daripada 4.1020/1110 semalam.

Pada paras tertinggi harian, ringgit mencecah paras terendah pada 4.1290 kepada dolar berbanding 4.15 minggu lalu, kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.

"Ringgit yang terlebih jual mula menunjukkan tanda-tanda mengukuh apabila kadar semerta mula disebut dalam julat yang mengecil.

"Peserta yang menjual (ringgit) meraih keuntungan manakala yang tidak memasuki pasaran menunggu pemangkin baharu untuk petunjuk akan datang mengenai hala tuju pasaran," kata peniaga mata wang.

Beliau berkata, data untuk dipantau esok ialah Indeks Harga Pengguna Julai manakala pada Jumaat, ia adalah data rizab asing bagi tempoh berakhir 14 Ogos.

Mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9080/9139 daripada 2.9117/9202 semalam, dan mengukuh berbanding yen kepada 3.2854/2912 daripada 3.2953/3028 pada Isnin. Unit tempatan pulih berbanding pound sterling kepada 6.4007/4126 daripada 6.4200/4358 dan naik berbanding euro kepada 4.5228/5303 daripada 4.5565/5677. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *