Ada-ada saja usaha untuk merobek Bajet 2017 dengan berbagai dakwaan untuk menghilangkan keyakinan rakyat pada kerajaan.
Bayangkan kerana nawaitu politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah duduk dalam kerajaan cakap kononnya Bajet 2017 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai wang bagi membiayai semua inisiatif yang diumumkan.
Sebagai menjawab semua ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas.
Beliau berkata dana kerajaan mencukupi untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran seperti yang terkandung dalam Bajet 2017.
Zahid menyatakan demikian kepada wartawan selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Penolong Penguasa Imigresen Siri 2 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson Sabtu.
"Dalam penyediaan bajet, lazimnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan telah melakukan engagement dengan pelbagai pihak dan memperoleh maklum balas mengikut sektor atau kumpulan sasaran yang mahu diagihkan dana seperti dalam belanjawan berkenaan.
"Bagi tujuan itu, tentunya beberapa konsultasi telah diadakan bukan hanya dengan Kementerian Kewangan dan Khazanah Malaysia tetapi juga dengan pelbagai pihak termasuk pihak swasta, sektor perbankan, institut penyelidikan dan sebagainya.
"Di dalam tiap-tiap belanjawan ini tentu ada unsur-unsur yang mengambil kira keberhasilan seperti berapa hasil yang diperoleh kerajaan dan tentunya ada anggaran untuk perbelanjaan," katanya.
Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
Beliau berkata walaupun bajet yang dibentangkan semalam adalah bajet defisit, tetapi kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran.
"Defisit itu merupakan peratusan yang kecil, tentu perkara ini difahami orang berkenaan tetapi apabila berada di sebelah sana seolah-olah mengkaburkan matanya untuk menerima hakikat inilah persediaan dan penyediaan belanjawan yang berlandaskan kedudukan kewangan fiskal (negara).
"(Ia) juga (berlandaskan) pada keadaan kewangan negara berdasarkan pendapatan negara yang diperoleh daripada beberapa sumber daripada cukai korporat, cukai pendapatan, Cukai Barang dan Perkhidmatan, cukai eksesais dan pelbagai sumber lain," katanya.- 22/10/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




































Seperti musim-musim sebelum ini, minggu pertama Gegar Vaganza menyaksikan para peserta menyanyikan lagu yang telah mempopularkan mereka satu ketika dahulu. Orang kata ini lagu "makanan". Semua persembahan best-best belaka tetapi feveret Abang Nara ialah Zarul dengan Ramalanku Benar Belaka dan juga Nora Di Persimpangan Dilema. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Siti S arah kerana berjaya merangkul tempat pertama di minggu pertama ini. Siti Sarah telah menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi.





"Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.
Berita Terkini 
