Recent Post

Wednesday, January 13, 2016

Exco: Kes penyakit berkaitan pernafasan meningkat sedikit


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kes penyakit berkaitan pernafasan di Kuantan dikesan meningkat sedikit sepanjang tahun lepas terutama di kawasan yang berdekatan dengan aktiviti perlombongan bauksit.

Tanpa menyatakan statistik, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kebanyakan kes dicatatkan meningkat di klinik kesihatan sekitar Bukit Goh, Indera Mahkota dan Balok.

"Trend peningkatan ini kita tidak boleh menolak kemungkinan ia berpunca daripada bauksit namun mungkin juga berpunca daripada keadaan lain seperti jerebu teruk tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum melawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan semalam. Turut sama dalam lawatan itu Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

Berikutan itu katanya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan akan memantau kehadiran pesakit untuk mengenal pasti punca utama berlaku peningkatan kes itu.

"Kita pun baru mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas untuk membantu Jabatan Kesihatan dengan turut membabitkan agensi lain untuk mengenal pasti puncanya," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun sehingga kini masih belum ada kematian secara klinikal dilaporkan berpunca daripada bauksit di Pahang.

Dalam perkembangan lain, Norol Azali berkata tanggungjawab masyarakat membasmi nyamuk Aedes sangat diperlukan dalam usaha membendung masalah demam denggi di negeri ini.

Katanya masyarakat pada kini beranggapan tanggungjawab tersebut dipikul oleh kerajaan negeri sahaja.

Norol Azali berkata sambutan orang ramai terhadap program menangani masalah demam denggi juga agak kurang memberangsangkan menyebabkan berlaku pengulangan kes di kawasan yang sama.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *