Recent Post

Wednesday, January 13, 2016

Wanita, Teman Lelaki Ditahan Tanam Bayi Baru Lahir


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

NILAI, 12 Jan - Seorang wanita dan teman lelaki antara tiga yan ditahan dipercayai cuba menyembunyikan kelahiran dengan menanam bayi yang telah meninggal dunia selepas bayi tersebut baru dilahirkan di sebuah kawasan rumah di Dangi, Kuala Pilah.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldina Zaludin, ketiga-tiga yang terlibat ditahan petang tadi selepas polis menemui jasad bayi berkenaan di dalam sebuah lubang di kawasan rumah terbabit.

Mereka yang telribat berusia lingkungan 23 dan 25 tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 25 tahun itu melahirkan bayi tersebut pada Ahad lepas di sebuah rumah di Nilai. Bagaimanapun bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan.

"Teman lelaki wanita berkenaan (ibu bayi) bersama-sama adiknya (adik teman lelaki) kemudian membungkus mayat bayi itu dalam kain dan menanamnya di kawasan semak di tepi rumah di Dangi, Kuala Pilah," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Katanya juga, pasukan forensik mengorek lubang yang dika takan lokasi bayi tersebut sambil disaksikan suspek pada jam 6 petang tadi.

Forensik menemui jasad bayi cukup sifat itu di dalam satu bungkusan kain dalam keadaan sudah kecut.

Wanita terbabit dan jasad bayi berkenaan akan dibawa ke hospital Seremban untuk siasatan lanjut. - Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *