Recent Post

Wednesday, January 13, 2016

Rupa-rupanya Husam TAKUT KELUAR PAS kerana TALAK TIGA


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR Rupa-rupanya Husam TAKUT KELUAR PAS kerana TALAK TIGA Husam memberi ucapan di majlis Amanah awal tahun 2016 Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai seorang penakut kerana masih enggan meninggalkan parti itu. Ibrahim berkata, Adun Salor itu memilih untuk kekal bersama parti Islam itu walaupun lantang mengkritik kepimpinannya. "Mana arah tuju Husam sebenarnya? Jiwa dia dengan AMANAH. Sebenarnya Husam takut nak keluar dari PAS kerana takut dengan baiah. "Di Kelantan ada baiah, jika dia keluar ke parti lain maka jatuhlah talak tiga kepada isterinya," kata Ibrahim Ali. Ibrahim juga mendakwa Husam sengaja mengkritik PAS dengan berharap kepimpinan tertinggi parti itu memecat beliau sekaligus terlepas daripada sumpah baiah yang dimeterai sebelum ini. "Dia kritik PAS sebab dia berharap PAS pecat dia dan maka terlerailah baiah. "Sekarang ini beliau tunggu masa Dewan Rakyat bubar maka tidak akan ada baiah dan beliau boleh sertai AMANAH," kata Ibrahim. Husam pada November tahun lalu dihadapkan ke Dewan Harian PAS pusat untuk memberi penjelasan berhubung kritikannya terhadap kerajaan Kelantan dan parti itu. Walau demikian, beliau selepas itu tetap menghalakan kritikannya, terutama kepada pemimpin kanan di Kelantan. Husam juga hadir dalam satu majlis makan malam anjuran AMANAH yang merupakan parti serpihan kepada PAS dan secara sinis mengatakan kehadirannya direstui kepimpinan tertinggi partinya.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *