Recent Post

Wednesday, January 13, 2016

'Syatilla Melvin Boleh Layan Perangai Diva SayaĆ¢€™ - Sam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam kagum dengan bakal isterinya Syatilla Melvin kerana boleh melayan perangai divanya yang pelbagai ragam.

Syatilla juga seorang yang paling penyabar dan pandai ambil hati ibu Sam dalam pelbagai aspek membuatkan dirinya kagum dengan personaliti pelakon ini.

"Sam terus terang cakap, Sam ni ada pelbagai jenis ragam dan angin. Tapi dia boleh ikut layan perangai Sam yang bukan-bukan ni.

"Saya sibuk dengan kerja, berlakon sana sini jadi mood boleh berubah bila-bila masa saja terutama kali kalau saya penat.

"Walaupun Syatilla seorang perangai yang gila-gila tetapi dia boleh tahan dengan sikap saya ini. Itu antara faktor yang saya kagum dengan dia," kata Sam kepada portal Murai.com.my.

Shaheizy Sam yang ditemui di Majlis Sidang Media Khas Pengumuman Pernikahannya turut ditanya pada waktu bila hatinya terbuka untuk menamatkan zaman bujang.

Dengan tenang Sam menjawab, perasaan untuk bernikah itu sudah lama ada. Tetapi masa tidak mengizinkan kerana terlalu fokus dengan kariernya sehingga mengabaikan kemahuan sendiri untuk berumah tangga.

"Untuk pergi merisik Syatilla, Mummy yang heret saya ke Pulau Pinang. Alasan mummy ialah dah lama tak keluar bercuti bersama-sama.

"Tapi Sam cakap tak boleh sebab sibuk di lokasi penggambaran. Tetapi secara tiba-tiba produser kata dia lepaskan saya untuk bercuti dengan Mummy.

"Dari situlah Mummy aturkan langkah dan perancangan untuk bertemu dengan keluarga Syatilla untuk merisik pada 13 Dis lalu.

"Maka planning mummy berjaya menyatukan hati kami berdua walaupun pada ketika itu semua 'last minute'.

"Alhamdulilah semua perancangan pernikahan ini berjalan lancar dengan bantuan dari kedua-dua belah ahli keluarga," akhiri Sam dengan nada yang tenang.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 13 Jan 2016

 

 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *