Recent Post

Tuesday, May 31, 2016

Kontroversi Ruhainies Dan Janna Nick Sudah Selesai

Sekitar bulan April lepas, hangat dengan kontroversi dimana Janna Nick dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk tidak mengambil pelakon Ruhainies membintangi filem Kimchi Untuk Awak.

Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh dua pelakon baru ini untuk membuktikan siapa berada di pihak yang benar dan sebaliknya.

Namun, perkara itu sudah lepas dan kini Ruhanies tidak mahu mengungkit lagi kontroversi berkenaan.  Pada masa yang sama, Ruhainies memberitahu beliau dan Janna sebenarnya tidak pernah bergaduh tetapi cuma berselisih faham sahaja sebelum ini.

Apa yang boleh saya katakan semuanya sudah selesai dan tiada apa lagi yang boleh saya komen kerana tidak mahu sebarang salah faham timbul.

Saya tidak mahu ungkit lagi perkara itu dan saya sedia untuk bekerjasama dengannya dalam mana-mana projek drama pada masa hadapan.

Jujurnya saya sendiri tidak pernah menyangka nama saya akan terpalit dengan cerita-cerita kurang enak tetapi perkara itu sudah pun berlaku. Tetapi ia pengajaran baik untuk saya.

Meskipun dihimpit kontroversi, Ruhainies mengakui tidak merasa tertekan dan kerjaya beliau juga berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan tidak tekanan daripada mana-mana pihak mungkin kerana kontroversi adalah perkara biasa dalam kehidupan seorang selebriti. Malah saya sendiri tidak membawa masalah ke tempat kerja kerana ingin bersikap profesional.

Baguslah kalau kedua-duanya sudah berdamai, biasalah salah faham itu selalu berlaku didalam kehidupan apa yang penting ialah kita harus menyelesaikan masalah itu secara matang.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Dia buat hal lagi...nak tanding calon Bebas di Kua... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 31 Mei 2016 By ROSLI ISMAIL

Ahli UMNO cawangan Pusat Bandar Cempaka,Bahagian Pandan,Selangor kini nak kacau daun pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Kangsar pula.

Menerusi facebook Selasa dia umum akan bertanding calon Bebas.

Ini katanya kerana kedua-dua calon BN Datin Mastura Yazid dan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad bukan anak tempatan Kuala Kangsar.

Mastura berasal dari Negeri Sembilan manakala Dr Najihatussalehah dari Pasir Salak,Perak.

Syed Rosli yang berasal dari Kuala Kangsar dikenali sebagai 'kaki bising' dalam parti sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai pihak bila mencerca Mastura di facebook dengan kata-kata yang tidak sewajarnya termasuk dakwanya gila kuasa.

Dia dianggap keterlaluan dan tidak pedulikan sensitiviti orang.

Apa lagi Mastura baru saja ditimpa tragedi kematian suami,Allahyarham bekas Ahli Parlimen Datuk wan Khairil Anuar yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei.

Dibawah peraturan UMNO mana-mana ahli yang bertanding calon Bebas dalam pilihanraya akan dipecat.- 31/5/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Ulasan Budieyators Selepas Menonton Filem MONEY MONSTER

Seramai 100 orang Budieyators, selebriti dan pembaca Budiey.com telah hadir menonton filem MONEY MONSTER semalam. Sebuah filem yang penuh dengan debaran dan babak suspen. Jom kita baca apa pendapat mereka yang hadir menonton tentang filem lakonan George O'Connell dan Julia Roberts ni.

Alan Che Wan

Ulasan Saya- Money Monster.MUST WATCH 4/5.Premiere With Budiey semalam menghidangkan sebuah movie yang bertajuk MONEY MONSTER.Money Monster adalah dalam genre Jurnalis Majalah Tivi… yang pada hemat saya akan terletak di dalam barisan atas yang akan disebut sebut sekiranya seseorang akan membincangkan topik ini (berikut senarai 54 movie genre yang serupa https://pfauth.com/journal…/movies-for-journalists-reporter/). Sekiranya benar benar terjadi saya anggap bahawa movie Money Monster ini akan menjadi sebuah Mimpi Basah Wartawan Tivi dengan harapan menggapai sebuah Pulitzer untuk di bawa ke rumah. Money Monster diarahkan oleh pelakon thriller handalan Jodie Foster (Silence of the Lambs) dan ditulis oleh Alan Di Fiore, Jim Kouf dan Jamie Linden. Movie ini dibintangi George Clooney yang juga adalah Penerbit Bersama (co-producer sebagai Lee Gates, seorang wartawan majalah tivi yang memberi nasihat pelaburan Wall Street kepada penonton rancangannya. Selepas kejatuhan merudum sebu ah kaunter saham Ibis Clear Capital, seorang pelabur Kyle Budwell (Jack O'Connell), yang termakan nasihat Lee Gates menceroboh dan menahan studio rakaman dengan sebuah bom dengan niat mendapatkan penerangan yang munasabah terhadap kehilangan keseluruhan wang simpanan yang dilaburkan di dalam kaunter saham tersebut. Lee Gates dibantu oleh penerbit studio Patty Fenn (Julia Roberts). Pengfileman Utama movie ini bermula 27 Februari 27, 2015 di New York City. Movie ini ditayangkan pada oleh Sony Pictures Entertainment melalui TriStar Pictures pada May 13, 2016, dan menerima ulasan bercampur campur dari pengkritik dan memperolehi pulangan USD52 juta pada minggu pertama berbanding bajet penerbitan USD27 juta. Movie ini akan membuatkan anda terduduk dihujung kerusi (on the edge of your seat? dengan it's fast paced thrills… Jom repost & share. Jangan lupa tag kawan-kawan di ruangan komen. Kpd yang nak hadir, jgn lupa dapatkan baju T Budieyators dan sertai peraduan di www.budiey .com Layari sekarang! Jangan lupa hashtag di sosial media:‪#‎premierewithbudiey‬‪#‎budieyators‬‪#‎moneymonster‬

Bubu Bear

Ulasan abam mengenai filem Money Monster merupakan sebuah filem yang dibintangi oleh Lee Gates (George Clooney) yang merupakan seorang penasihat saham di Wall Street dan juga merupakan pengacara disebuah rancangan Money Monster. Konflik berlaku semasa Lee dalam siaran langsung program rancangannya telah dicerobohi masuk oleh Kyle Budwell (Jack O'Connell) yang tidak puas hati atas sahamnya yang jatuh. Kyle telah menyalahkan Lee atas kerugiannya dengan ugutan menembak dan ingin meletupkan Lee. Keadaan semakin tegang dan huru hara menyebabkan Patty Fenn (Julia Robert) sebagai Producer rancangan Money Monster berusaha keras mencari jalan keluar untuk memastikan pemasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan mencari CEO kepada Syarikat IBIS iaitu Walt Camby (Diminic West) untuk mendapatkan jawapan, dimana Kyle kerugian sahamnya. Apa yang berlaku selepas itu? Untuk mengetahui kesudahan jalan ceritanya. Sila ke pawagam berdekatan anda untuk menyaksikan kesudahan cerita ini. Kes uluruhan jalan cerita sangat menarik dan menjadikan anda berdebar-debar dan seolah-olah anda berada didalam situasi cerita ini. Dan juga unsur keadilan tak kira apa pun sebenarnya ia sangat penting. Abam bagi 4.5/5 untuk filem ini. Jutaan terima kasih kepada abe @budiey dan blog www.budiey.com atas anjuran Tayangan Premiere Money Monster.

Cyrill Hassan

Hey! Satu lagi filem terbaru lakonan George Clooney dan Julia Robert bakal ditayangkan mulai hari ini dengan judul Money Monter. Filem bergenre drama dan jenayah ini diarah oleh Jodie Foster, mengisahkan bagaimana seorang hos siri kewangan, Lee Gates (Goerge C) dan produsernya Patty (Julia R) melalui detik detik mencemaskan apabila seorang lelaki mengambil alih studio rakaman mereka sedang liputan bersiaran secara lansung. 

Berjayakah mereka melalui saat cemas itu? Siapakah lelaki misteri tersebut? Itu semua saya tinggalkan untuk anda cari jawapannya.

Secara keseluruhan filem ini tidak membosankan. Gandingan George dan Julia benar benar menjadikan filem ini hebat. Storylinenya tidak begitu complex jadi penonton boleh "digest" dengan mudah. 4.5/5

Ceddy Lopez

Just watched "Money Monster", what a great movie! They don't waste time at all and immediately brings in the thrilling factor within 20 minutes of the show. This movie is about a man who lost all his investment after following a TV host's advice and he demands answers by taking everyone in the news team on hostage. At first I thought it's gonna be a major snoozefest because I'm not into this kind of movie but damn! It's so good! It gets you thinking about how big corporations sometimes just don't give a damn about us. George Clooney and Julia Roberts have great chemistry together and kudos to Jodie Foster for directing the movie so wonderfully! ⭐⭐⭐⭐⭐ Thanks Budiey Isma for the tickets! ‪#‎PremiereWithBudiey‬

Asyraf Azizi

Ulasan: Seorang personaliti TV kewangan, Lee Gates menawarkan khidmat nasihat mengenai dunia pelaburan menerusi rancangannya, "Money Monster". Bagaimanapun suatu hari, dia dijadikan sebagai tebusan oleh salah seorang penontonnya, Kyle Budwell, selepas kerugian wang berikutan mengikut nasihat Lee. Sejujurnya filem ini tidak bergantung kepada nama-nama besar pelakon seperti, George Clooney & Julia Roberts, tetapi jalan penceritaannya yang lain dari lain. Malas nak berceloteh panjang, better pergi tengok sendiri di pawagan berdekatan mulai 2 Jun 2016. Ratings: 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Ash Rough

Done watching the premier screening of Money Monster hosted by budiey.com.Here is my review: When a disgruntled investor Kyle Budwell (Jack O'Connell) lost everything he invested after taking advice from a stock market tv show host Lee Gates (George Clooney), he decided to hold him and the whole studio hostage and get some answers. With the help of the tv show producer Patty Fenn (Julia Roberts), they try to sort things out and together they unravel the sickening truth behind the scandal. An intense movie from the very beginning till the end, directed by well known actress Jodie Foster deserves a 4.8 ⭐ out of the possible 5 from me. P.s: audience gave a standing ovation at the end. Too bad some parents decided to bring their kid into this movie. To many "f*cking" word spilled throughout the movie. Surely the kid gonna be catching some of those words back home. Hahaha. Many thanks to Abg Budiey Isma

AJ Razak

What do you get when George Clooney meets Julia Roberts in a Jodie Foster directed movie? You get a scintillating 90 minutes of pleasant viewing.SUITABLE FOR OVER 18 ONLY. LOTS OF PROFANITIES.MY RATINGS 4.75 OF 5 STARSWelcome to the world of stock broking.A prominent money matters talk show host was taken at gunpoint to explain the sudden loss of investment on a high riding counter, on live tv. This took the viewers to a live tv coverage of the incident. The revealtion touched many a heart. As always, greed ruled the day BUT it does not pay.Never a dull moment during the screening. Excellent dramatic thriller kept us glued to our seats. One of the most enjoyable production we have watched lately. Go see for yourselves. MONEY MONSTERS open nationwide this week. Many thanks Budiey Isma and Cyrill Hassan of budiey.com for hosting.

Maria Tunku Sabri

Premiere filem " Money Matters " bersama Budieyators malam ini di GSC One Utama. Filem mengisahkan seorang pengacara tv merupakan penasihat kewangan, Lee Gates telah dijadikan tebusan secara ' live ' di tv oleh salah seorang penontonnya yang telah kehilangan semua wang yang telah di tinggalkan oleh ibunya setelah dia melaburkan didalam saham yang disarankan oleh Lee Gates. Apakah kesudahannya? Anda kena tengok sendiri filem ini…Saya bagi 3 / 5 bintang!

M Asri Ray

My review MONEY MONSTERLayari: www.budiey.comTQ ‪#‎BudieyDotCom‬@budiey‪#‎moneymonster‬‪#‎moneymonstermy‬‪#‎premierewithbudiey‬Saya bagi 2.8/5 bintangMONEY MONSTER diarahkan Jodie Foster dan dibintangi oleh George Clooney sebagai Lee Gates dan Julia Robert sebagai Patty Fenn. Filem ini agak solid dan straight forward. Lee Gates adalah pengacara rancangan kewangan di TV bertajuk Money Monster. Pengarah rancangan tv ini adalah Patty Fenn.Pada suatu hari, Kyle Budwell (lakonan Jack O'connel) berjaya menyelinap masuk ke studio rakaman dengan senjata dan jaket yg telah diisi dengan bahan letupan. Tujuan Kyle menjadikan Lee sebagai tebusan adalah Kyle ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi dengan wang pelaburannya ke atas syarikat IBIS yang telah mengalami kerugian yang amat teruk. Semasa proses tebusan dan penahanan ini pelbagai perkara misteri telah terbongkar satu persatu dan melibatkan negara lain. Mari kita lihat apa yang berlaku selepas itu. Silakan ke pawagam berdekatan untuk menonton Money Monster.

Amaris

Thanks to Budiey Isma. Filem yg sgt awesome , sy bagi 4 bintang ☺ korang kena tonton filem nie..

Erra Asmuni

Ini dia ulasan saya tentang filem MONEY MONSTER…Sebuah filem yang dramatic thiller arahan Jodie Foster. Starting jalan cerita yang straight forward dan tidak meleret-leret, tidak banyak adegan aksi namun apa yang bestnya cerita nie, ketika adegan serius dilakukan iaitu ketika penjenayah sedang ugut watak hero, diselangi jua dengan beberapa adegan kelakar. Disebalik semua ini, terselit sebuah mesej pengajaran bagi yg suka bermain dengan pasaran saham di mana risiko yang dihadapi amatlah tinggi. Terima kasih kepada Budiey Isma kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang peraduan premiere ini.. Smlm mmg best bila dpt gelak bersama2x dengan budieyators dan melihat gelagat Ifa Raziah & Maria Tunku Sabri.. 🙂 Saya kasi 3/5. Layari: www.budiey.com

Mazran Achik

Review saya untuk filem Money Monster yang dibintangi oleh ‪#‎juliaroberts‬ dan ‪#‎georgeclooney‬Movie yang membongkar sebuah saham terkemuka iaitu IBIS yang dipopularkan melalui rancangan Money Monster. Kekecohan tercetus apabila seorang pemegang saham iaitu Kyle menceroboh kawasan show dan menjadikan lee dan semua kru sebagai tebusan semata-mata untuk mendapatkan jawapan di sebalik pengoperasian IBIS. Untuk movie ini saya bagi 4*. Thank you Budiey Isma dan ‪#‎budieydotcom‬ di atas jemputan ini. Layari www.budiey.com bagi menyertai peraduan ‪#‎premierewithbudiey‬ dan memenangi tiket premiere anda!

Hailan

Movie Review. ‪#‎MoneyMonster‬. Filem ini mengheret anda ke alam bursa saham yang penuh pancaroba dan emosi manusia dengan hanya menggunakan satu plot utama – rancangan tv mengenai saham secara live. Filem ini berjaya membawa anda bersama-sama dengan watak yang sangat cemerlang oleh George Clooney dan Julia Roberts. Menjadi tebusan di dalam rancangan live sedangkan anda adalah hos rancangan tersebut, pada masa yang sama disarungkan jaket berisi bom. Filem ini juga menyaksikan kekentalan emosi seorang pengarah poduksi yang perlu bertindak dalam sela masa yang pantas untuk menyelamatkan nyawa hosnya. Filem ini wajib ditonton kerana anda tidak akan berganjak dari tempat duduk anda berdasarkan jalan cerita filem ini yang berjaya memegang setiap slot dengan cemerlang. 5 ★ tanpa prejudis.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Dicabar Rakan, Lelaki Hampir Mati Telan 8 Biji Paku

Read more ...

10 Syarikat Yang Paling Rakyat Malaysia Mahu Bekerja Menurut Survey

31 Mei - Portal mencari pekerjaan, Jobstreet.com.my telah mengeluarkan senarai 10 Syarikat yang paling digemari oleh rakyat Malaysia.

Senarai tersebut dikeluarkan hasil kajian dari 7,900 peserta .

10 Syarikat Yang Paling Rakyat Malaysia Mahu Bekerja 2016

10 - Public Bank

9 - TNB

8 - Intel

7 - Nestle

6 - AirAsia 5 - Maybank 4 - Sime Darby

3 - Google

Berada di tempat pertama dan kedua, syarikat Oil & Gas.

2 - Shell

1 - Petronas. - Siakapkeli.my
Read more ...

NGO bidas hukuman ke atas Vivian Lee

Kumpulan hak asasi wanita All Women's Action Soceity (AWAM) membidas hukuman penjara enam bulan yang dikenakan ke atas Vivian Lee.

Lee dijatuhkan hukuman penjara enam bulan berhubung ucapan Ramadan menampilkan gambar bak kut teh atau hidangan daging babi yang disiarkan di Facebook.

AWAM berkata walaupun posting itu adalah jelek, ia tidak sepatutnya mengundang  hukuman yang dijatuhkan itu.

Menurut NGO itu, mahkamah tidak mengambil kira impak atau kesan "hubungan etnik yang semakin tegang" di negara ini.

"Salah guna etnik dan agama yang berterusan sebagai modal politik oleh mereka yang berkuasa menyebabkan hubungan antara kaum dan agama yang berbeza di Malaysia menjadi tegang.

"Sikap membisu oleh kumpulan agama tertentu tidak mengundang pemahaman, tetapi sebaliknya menyebabkan lebih banyak perpecahan dan kami beranggapan bahawa keputusan mahkamah itu memburukkan lagi keadaan," kata AWAM.

Ia juga berkata, bukan Lee yang memuat-naikkan posting itu, walaupun gambarnya  dipaparkan.

Wanita itu terpaksa menanggung segalanya, sedangkan bekas teman lelakinya, Alvin Tan (kiri) yang menaikkan posting itu telah melarikan diri dan masih bebas, kata AWAM.

Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat ketika diikat jamin, dan dilaporkan sedang mendapatkan suaka politik di sana.

Lee mempunyai semasa perbicaraan memberi keterangan bahawa posting itu dibuat secara berseloroh.

Namun, bagi pengkritik, tindakan mereka adalah satu penghinaan kepada Islam.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Monday, May 30, 2016

Datuk Siti Nurhaliza Dikritik Kerana Menyanyi Di Smule

Smule merupakan aplikasi karaoke yang cukup popular sekarang, malah ada yang terus ditawarkan menjadi penyanyi rakaman seperti Khai Bahar yang bakatnya dicungkil menerusi aplikasi berkenaan.

Datuk Siti Nurhaliza juga tidak terlepas untuk mencuba aplikasi Smule dan memuat naik video beliau menyanyikan lagu Lelaki oleh Yuna.

Namun, ada pihak yang menganggap Siti Nurhaliza menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi terkenal dan disegani.

Walaubagaimanapun,  Siti Nurhaliza menjelaskan beliau cuma ingin mencuba aplikasi baru itu yang membuatkan beliau lebih dekat dengan peminat.

Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.

Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.

Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif.

Tidak dinafikan, memang best dengar Siti Nurhaliza cover lagu Yuna dengan cara beliau sendiri. Apa salahnya untuk beliau pun sekali sekala melepaskan tekanan dengan menyanyi di Smule? Hidup ini hanya sekali, janganlah setiap masa kena serius je..

Sumber Berita : BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

TMJ nak bersemuka dengan orang yang hina baginda… - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 30 Mei 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berhajat untuk bersemuka ' man to man' dengan mereka.

Baginda menyatakan demikian di laman Facebook Johor Southern Tigers.

"Saya dimaklumkan tentang perkara ini tetapi apa yang boleh saya lakukan sekiranya ada orang yang ingin membuat laporan polis mengenainya. Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini.

"Akhir sekali, saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya. Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja. Saya akan menghargainya jika anda bersetuju dengan cadangan ikhlas saya ini,"titah baginda.

Pihak polis menahan seorang lelaki di Selangor malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

"Lebih kurang 10.15 pagi semalam, pihak polis menerima satu laporan berhubung penghantaran mesej berbentuk jelik dalam Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor.

"Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew," katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Beliau berkata selain menahan, pihak polis turut merampas satu telefon bimbit berserta sim kad daripada lelaki tersebut.

Wan Ahmad Najmuddin berkata permohonan reman terhadap individu terbabit akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di Johor Bharu Ahad bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Dalam pada itu Polis Johor memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu menyelesaikan kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor menerusi laman sosial Facebook.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Muhd Salman Zakaria atau Lemey, 30, nombor kad pengenalan 860517-29-5877 dengan alamat terakhir di nombor 47-B, Jalan Kampung Besut, Tumpat, Kelantan.

"Lelaki itu yang merupakan orang dikehendaki polis bersabit Taman Pelangi Report 3381/16, kali terakhir dikesan bekerja sebagai kerani di Pejabat Pos Kubang Kerian, Kelantan,"kata  Wan Ahmad Najmuddin.-30/5/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Ulasan Penonton Filem DEMOLITION

Jom kita baca apa pendapat penonton tentang filem DEMOLITION yang sekarang ini masih lagi ditayangkan di pawagam.

Review: ‪#‎Demolition‬Menceritakan kisah seorg lelaki yg kacak lg berjaya tetapi terganggu dlm keadaan mental selepas kematian isterinya akibat kemalangan. Beliau cuba untuk menghapuskn semua kenangan yg pernah ada bersama isterinya. Tetapi semakin hari ingin melupakan semakin ia dibayangani masa2 lampau dan rasa bersalah. Rasa sunyi yg menyelubungi beliau dengan jelas memerlukan seseorang untuk bercakap.Kesahnya bermula disini pabila beliau ingin membeli gula2 M&M's di sebuah mesin layan diri tetapi mesin itu mengalami kerosakan dan pada mulanya beliau hanya menulis sepucuk surat kepada syarikat pengeluar mesin layan diri itu untuk meminta ganti rugi . Surat itu ternyata menarik perhatian kepada seorang wanita yg bekerja sebagai khidmat pelanggan yg juga mempunyai masalah kewangan dan emosi. Siapa sangka, surat itu kemudian menjadi permulaan hubungan mereka berdua. Wanita bersama anak lelakinya cuba untuk membantu beliau untuk keluar dari kesengsaraan dan kesepian sej ak kematian isteri beliau.Kalau anda ingin tahu apakah isi kandung surat tersebut?jangan ketinggalan untuk menonton cerita ini di pawagam berhampiran.★★★★✩ wink wink*

Zyeus

DEMOLITION MOVIE REVIEW:I just feel the movie is genius for its presentation. This movie is about a husband going through his grief period (in an odd way) after losing his wife to a car accident which he survived unscratched. The premise seems quite straight forward and if you expect it to be something else you would probably be disappointed.Just get yourself dissolve in the flow of the storytelling. The beauty of this movie is not about what is presented but rather what is not shown to us but lingers in our mind to make up a complete story.One thing for sure, the movie managed to capture grief and loneliness so accurately that it gives shivers to what jake gyllenhaal's character is feeling, almost in the verge of mental suicidal. The metaphor of him having to demolish himself and history to be liberated is well executed.By the end of the day how else do you overcome losing someone you love but not quite love completely and taking love for granted due to own shortcomings? It wou ld take a demolition.4 starsPs: Oscar nominee potentials for Gyllenhaal, Naomi Watts and Chris Cooper.Cheers.

AJ Razazk

NOT RECOMMENDED FOR GENERAL VIEWING, PROFANITIES AND ADULTS CONTENT MATERIAL DETECTED.MY RATINGS 4 OF 5 STARSWhen a bad assed private investigator hired a fumbling but smart investigator to look for an artsy exotic movie actress in the retro 70s, all hell broke loose. Assisted by the street smart daughter of the fumbling private investigator, a major cover up syndicate unfolded.HAVE YOU SEEN AMELIA? Go and find her yourself to solve the mystery.A mystery filled with light hearted comedy and tons of in your face one liners, this movie is fun and edgy despite some dull moments. Crowe and Gosling were brilliant in their roles.

Hailan

Filem yang sarat dengan drama emosi yang memerlukan anda menyelami perasaan seorang suami yang kematian seorang isteri yang disayangi tetapi tidak dicintai. Jake Gylleenhaal mendokong emosi tersebut dengan cemerlang sehingga saya mengetap2 bibir saya semasa menonton filem ini. 3.5 ★

Komen via Facebook

Komen

— 60 Bacaan
Read more ...

'Music Video' Rasmi Lagu 'Sudah Ku Tahu' Sudah Keluar

Petaling Jaya, 29 Mei - Setelah sekian lama menunggu, peminat kumpulan 'Projector Band' kini sudah boleh menonton music video lagu Sudah ku Tahu, yang menjadi fenomena di Malaysia sebelum ini.

Di dalam klip video yang berdurasi 4 minit 29 saat itu, boleh dilihat kumpulan tersebut berlatar belakangkan kawasan berbukit. Jika anda tanya pendapat kami tentang latar belakangnya, ia klasik!

Mengenai jalan cerita music video ini, anda boleh tonton sendiri menerusi video dibawah.

Setakat ia dimuat naik sejak semalam, video itu telah mendapat 70 ribu tontonan dan mendapat lebih dari 2,000 likes.

Read more ...

F1: Lewis Hamilton juarai GP Monaco

MONACO: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan F1 Grand Prix Monaco yang penuh dramatik susulan trek basah akibat hujan, sebentar tadi.
Read more ...

Sunday, May 29, 2016

Mingguan Malaysia kekal akhbar nombor 1 - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Mei - Mingguan Malaysia kekal mengatasi akhbar bahasa Melayu yang lain di negara ini apabila mencatatkan jumlah edaran paling tinggi iaitu sebanyak 336,233 naskhah sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu.

Perangkaan terkini yang diaudit oleh Biro Audit Pengedaran (ABC) itu menyaksikan Metro Ahad di tangga kedua dengan edaran sebanyak 207,119 naskhah, Kosmo! Ahad (205,520) dan BH Ahad (109,811).

Dalam pada itu, ABC merekodkan dalam tempoh enam bulan itu, Kosmo! mengatasi akhbar-akhbar harian bahasa Melayu yang lain dari segi jumlah edaran.

Kosmo! yang mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004 mencatatkan 187,967 naskhah sehari dalam tempoh enam bulan itu, diikuti Harian Metro (179,231), Utusan Malaysia (154,776) dan Berita Harian (106,754).

Sementara itu, bagi akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star mencatatkan jumlah eda­ran ter­tinggi sebanyak 248,413 naskhah diikuti Sunday Star (246,652 naskhah).

Menurut perangkaan itu, akhbar New Sunday Times menca­tatkan edaran sebanyak 64,850 naskhah, New Straits Times (62,113 naskhah), The Edge (23,087 naskhah) dan The Edge Financial Daily (4,051 naskhah).

Akhbar Sin Chew pula me­ngatasi akhbar bahasa Cina lain di negara ini dengan jumlah edaran sebanyak 352,686 naskhah bagi keluaran edisi pagi dan petang diikuti China Press (202,745 naskhah) dan Guang Ming (81,082 naskhah).

Secara keseluruhan, akhbar bahasa Melayu mencatatkan jumlah edaran 1,487,411 naskhah setiap keluaran berbanding sebanyak 649,166 naskhah bagi akhbar bahasa Inggeris dan 636,513 naskhah untuk akhbar bahasa Cina.

Read more ...

Pendapat Penonton Tentang Filem TAKE ME HOME

Seramai 130 orang Budieyators sudah pun menonton filem TAKE ME HOME pada minggu lepas. Jom tanpa berlengah lagi, kita bacalah sikit tentang pendapat mereka tentang filem seram dari Thailand ini.

Wahida Alidrus

Whoaaa … mlm tadi had the opportunity to watch this horror movie Take Me Home… a premier hosted by Budiey Isma @budiey www.budiey.com and I was actually scared! This thai horror managed to make me scream in fear and jumped out of my seat a number of times! Phewwwh!!!Tan lost his memory after an accident and he was searching for his family or who's left of the family.. he discovered that his father committed suicide and went back to his family home with hope that his memory will return… there he found that he actually has a twin sister Tubtim ( she is sgt sesuatu) and not only that! Everyone in the house are weird!.The house itself is weird! What happen next??? Haishhh go watch this movie! I give 4 stars u ols!

Chie Moy

Movie TAKE ME HOME mengisahkan tntg Tan (Mario Maurer) hilang ingatan akibat kemalangan, dia cuba untuk mencari identiti sebenarnya tapi satu pon dia tak ingat kecuali nama die sahaja. Die ragu2 tentang diri sendiri dan tak tahu di mana keluarganya berada. Pd suatu hari, dia akhirnya berjaya balik ke rumahnya. Die bertemu dgn kembarnya Tubtim (Wannarot Sonthichai) serta Waw (Nabhada Sukhakrit), org gajinya. Masa Tan mula mengenali mereka, ia mengimbas kembali akan masa lalunya bersama keluarga dan semua yang berlaku pada dirinya …..Sampai sini sj yg mampu sy olahkan, seterusnya anda pergi la ke pawagam berhampiran untuk mengetahui akan cerita selajutnya. Sy berikan ⭐️⭐️⭐️⭐️ darpd 5 star … Yeay !

Tarquin

Sedih…Satu perkataan yang dpt sy rumuskan selepas menonton filem Thai berjudul Take Me Home.Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Tan (Ten) yg telah terjaga disebuah hospital, hilang ingatan, tanpa identiti diri setelah terlibat dlm satu kemalangan. Tan berusaha untuk mencari identiti dia dan juga tempat tinggal dia sebelum dia mengalami kemalangan itu..Setelah berusaha mencari, Tan akhirnya jumpa dimana rumahnya, dan kembali ke rumah itu.Setelah kembali ke rumah itu, dia disambut oleh orang gaji rumah tersebut yg kini didiami oleh kakak kembarnya Thubtim.Tan belum lagi sedar yang rumah tersebut adalah rumah tinggal setelah berlaku beberapa tragedi yang membuatkan tanah tersebut disumpah..Ingin tahu lebih lanjut?Tontonlah filem ini dipawagam berhampiran!!Saya berikan 3 🌟 / 5

Erra Asmuni

Ini dia ulasan saya tentang filem TAKE ME HOME..Bagi pendapat saya, jalan cerita filem ini akan membuatkan penonton berfikir dan cuba membuat susunan jalan cerita sendiri kerana ada beberapa scene yg throwback dan menjawab kenapa boleh berlakunya pengalaman seram yg terjadi pada watak utama tersebut.Bagi scene seram mmg sy rasa memang seram laa dan effect sound yg sesuai dengan scene dlm filem ini.p/s: Terima Kasih kepada Budiey Isma kerana sudi memilih saya sebagai salah seorang penonton untuk tayangan Premiere Take Me Home ini. 😉Setelah membuat diskusi dengan kawan yg hadir sama, kami sepakat untuk memberikan 2.5/5 bintang. Hehehe.

Reez Ryan

Ini dia ulasan saya tentang filem TAKE ME HOME… Cerita berkisar mengenai seorang pemuda yang hilang ingatan dan menerima petunjuk untuk pulang kembali ke rumah keluarganya…berbagai flashback tentang sumpahan terhadap rumah tersebut yang menyebabkannya hilang ingatan..Apabila dihayati…rupanya semasa kecilnya pemuda ini membuat perjanjian dengan dunia lain untuk memulihkan wajah kembarnya yg buruk dari lahir…akibat perjanjian itu berlaku beberapa tragedi sehingga meragut nyawa keluarganya..Saya kasi 3/5.

Elmiza

Ok my review ttg film ‪#‎takemehome‬… Dah name cite hantu 💀msti la seram😱 kan, wpon 👀 agak mengantuk, tp jadi terang sbb citer ni dlm seram ade kelakar… 😂…seorang lelaki👨 bernama Tan yg hilang ingatan cube mncari kuarga👫 nya,tp ble dia telah kmbali ke rumah 🏠 itu, byak kjadian n sesuatu yg ganjil menghantui 💀nya sehingga tan x dpt kluar dr rumah itu yg telah di sumpah oleh seorg wanita 👱jahat zaman dlu… Nak tau slanjut nya, sila ke pawagam berdekatan…

Bubu Bear

Ulasan ringkas tentang filem Take Me Home merupakan sebuah filem seram dari Thailand.Cerita bermula apabila Tan yang hilang ingatan berusaha keras mencari ahli keluarganya kembali sehingga suatu peristiwa yang membawanya kembali ke rumah tempat asalnya.Banyak kejadian aneh yang berlaku setelah ia menjejakkan kakinya kembali kerumahnya. Apabila ia sedar semua yang berlaku merupakan illusi matanya sahaja dan dari itu dia mula menggigati sedikit demi sedikit kisah silamnya dirumahnya. Apa yang berlaku pada Tan dapatkah dia menyelamatkan dirinya untuk keluar dari rumahnya? Jangan lupa saksikan dipawagam berdekatan anda!Saya bagi 3/5 untuk Kesuluruhan cerita.Jalan cerita agak tergantung mungkin ada sambungan daripada cerita ini.

AJ Razak

Thai movies the last few years no longer frighten you off your seats like the good old horror movies where there would be eyeballs dropping off the socket, creepy crawlies oozing from the bodies and good old fasioned bloodied scenes.TAKE ME HOME takes you back when Tan met a near fatal accident causing him to lose his memory. Fast forward, he managed to reconcile with his twin sister and more spooky revealations unfolded thereon.TAKE ME HOME is weaved ala a Stephen King's novel. There is a no forlorn ending. Go watch it yourself to explain the unexplained.PARENTAL GUIDANCE REQUIRED.MY RATINGS 3 OF 5 STARS

Hailan

Peminat Mario Maurer wajib menonton filem Thai ini. Plotnya perlu difahami dengan teliti kerana filem ini agak psikotik. Filem seram ini mengisahkan seorang pemuda yang hilang ingatan kembali ke rumah beliau dengan imaginasi bahawa rumah tersebut masih wujud dan berpenghuni tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. 3.5 ★

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

TV AlHijrah Bersiaran 24 Jam, Perkenal Radio Hijrah.FM

tvah-pic-1

Setelah lima tahun dalam dunia penyiaran tanah air, stesen televisyen Islam Malaysia,TV AlHijrah mengorak langkah lebih besar dengan mengumumkan beberapa pembaharuan yang dijadualkan bermula pada 1 Jun ini.

Antaranya ialah AlHijrah mulai tarikh itu bakal beroperasi selama 24 jam dan stesen itu juga akan memperkenalkan stesen radio baharu dinamakan Hijrah.FM yang dijadualkan bermula pada 1 Ramadan 1437 Hijrah akan datang.

Stesen ini dijangka memberi saingan kepada IKIM.fm terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Salam FM diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selain program kapsul agama disiarkan radio milik stesen RTM.

Antara yang bakal diperdengarkan selain daripada lagu-lagu keagamaan ialah rancangan bual bicara bersama agamawan, kumpulan profesional, berita dalam negara dan antarabangsa serta pelbagai rancangan menarik lain.

Lazimnya stesen TV AlHijrah bersiaran dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dan hanya bertambah menjadi 24 jam sepanjang bulan Ramadan untuk menyiarkan secara langsung ibadah solat tarawih dari Masjidil Haram di Makkah.

Dua perubahan besar itu adalah antara langkah penjenamaan semula stesen tersebut dan kini di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Haji Izelan Basar, yang dahulunya ialah bekas pengurus stesen Astro Oasis.

Beliau yang pernah terkenal dengan program Imam Muda di Oasis dan kini baharu lapan minggu bertugas di stesen AlHijrah mengumumkan langkah menarik itu dalam satu majlis gilang-gemilang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri personaliti terkenal antaranya Datuk Ustaz Kazim Elyas, Profesor Dr. Muhaya, Ustaz Don, Dr. Azizan Osman, Asyraf Muslim, Mizz Nina dan bekas gangster Singapura yang bertaubat, Abang Long Fadhil.

Penjenamaan semula stesen TV AlHijrah tersebut ujar Izelan, 57; bukan sahaja lebih berani dan hebat bahkan ia menjangkau sasaran yang jauh lebih besar dengan memperkenalkan slogan sensasi "Islam Is First Class".

Izelan yang menggantikan Datuk Che Wan Alias Wan Abdullah sejak 1 April lalu turut membentangkan program 7 Wonders sepanjang Ramadan bermula 1 Jun ini dengan menggunakantagline "Ramadan Bulan Kegembiraan".

Katanya, sebagai sebuah stesen yang sudah cukup kukuh, sudah sampai masanya untuk ia tidak sekadar menjadi seperti jaguh kampung, tetapi jaguh dunia. Justeru tiba masa stesen itu perlu bersiaran 24 jam mulai 1 Jun ini.

"Sebagai sebuah stesen bersandarkan ilmiah, ia harus bergerak 24 jam. Bagi saya ia jauh lebih mudah dan bermanfaat kerana banyak bahan yang baik boleh dikongsi bersama-sama dengan penonton sepanjang masa.

"Misalnya rancangan ngaji al-Quran, tarawih dari tanah suci Makkah. Sebaik mungkin siaran kita menguasai waktu tahajud," kata anak jati Muar yang sebelum ini pernah bertugas 22 tahun di beberapa stesen terkemuka luar negara.

"Kita memulakan siaran 24 jam supaya orang tidak tidur sebaliknya boleh beribadat. Untuk itu program Ramadan Bulan Kegembiraan akan dimulakan seawal 1 Jun ini dengan pengisian untuk orang dapat beribadat." ujarnya.

Izelan turut memperkenalkan team produksi wanita sepenuhnya untuk TV AlHijrah pada malam tersebut dan ia merupakan kumpulan penerbitan televisyen disertai 100 peratus wanita yang pertama seumpamanya di negara ini.

Sepanjang Ramadan, semua rancangan bercorak drama dan hiburan mahupun persembahan nasyid ditiadakan bermula 1 Jun ini. Ia hanya akan kembali ke udara menjelang Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya," jelas beliau lagi.

Tambah Izelan, pembaharuan yang dibuat itu bukan sahaja baik untuk penonton bahkan meningkatkan moral serta semangat kakitangan stesen tersebut sejak diwujudkan pada 1 Jun 2011 di bawah AlHijrah Media Corporation.

"Apa lebih penting dan jadi asas ialah bekerja demi Allah, bukan untuk saya," tegas Izelan yang pernah menerbitkan Pencetus Ummah, Ustazah Pilihan, Tanah Kubur, Salam Muslim dan Ustaz Kazim – Kalau Dah Jodoh.

Beliau yakin, sebagai stesen yang kukuh, TV AlHijrah akan menjadi stesen Islam yang lebih bermutu dan terkenal di serata dunia sambil berkata: "Sebab itu disebut Islam Is First Class. Kerana memang itu hakikat yang sebenarnya."

Ramadan Bulan Kegembiraan diisi program bermutu dari pelbagai genre seperti dokumentari, kerohanian, masakan dan travelog di samping penonton berpeluang 'hantar' berita secara telefon bimbit melalui "Kongsi Berita". – Mynewshub

Komen

comments

Read more ...

Ingatkan Orang Bergaduh Tapi Rupa-Rupanya Ular kena Ketuk

PASIR MAS - Seorang suri rumah, Norazila Mat Hussain, 44, pada mulanya menyangka bunyi bising dari luar rumahnya adalah bunyi orang bergaduh namun terkejut apabila mendapati sebenarnya sekumpulan remaja sedang memukul seekor ular sepanjang empat meter.

"Awalnya saya sangka ada pergaduhan di hadapan rumah, tapi sebaik saja buka pintu, saya lihat sekumpulan remaja sedang memukul seekor tedung selar sepanjang empat meter."

Dalam kejadian yang berlaku di Kampugn Bukit, Bunut Susu pada 12.30 tengah malam itu, Norazila berkata dia sedang bersiap-siap untuk tidur.

"Mula-mula saya tak mahu keluar sebab seolah-olah ada pergaduhan sedang berlaku, tetapi seorang anak mahu saya keluar untuk lihat apa yang terjadi. "Bagaimanapun, sebaik sahaja keluar rumah, saya terkejut mendapati sekumpulan remaja sedang memukul seekor tedung selar," katanya.

Sinar Online melaporkan, mereka difahamkan ular itu cuba masuk ke dalam rumah Norazila namun gagal sebelum bergerak menyeberangi jalan dan ditemui oleh sekumpulan remaja tersebut.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Hassan Deraman, 70, berkata sejak dia menetap hampir 50 tahun di situ, ini kali pertama di amelihat secara dekat spesis ular sepanjang empat meter itu.

"Pakcik sebelum ini hanya lihat ular tedung biasa yang ada di kampung ini," katanya.  - Siakapkeli.my

Read more ...

Hasan nafi Good Star milik Jho Low

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini menafikan syarikat Good Star Ltd - yang dikaitkan dalam skandal 1MDB - adalah milik Low Taek Jho.

Dalam kenyataan medianya petang ini Hasan berkata tindakan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengaitkan hartawan yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah tidak tepat.

"Ini kerana Bank Negara Malaysia sendiri menyatakan maklumat yang diberikan (kepada PAC) adalah bertaraf risikan.

"PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim membuat laporan polis terhadap WSJ ekoran pendedahan dokumen diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dokumen itu didakwa surat daripada Bank Negara kepada Hasan untuk memaklumkan kaitan antara Jho Low dan syarikat Good Star Ltd.

Kenyataan WSJ itu ditweet semula ketua editor WSJ Asia, Tom Wright pagi semalam.

Hari ini pula WSJ mempertahankan laporannya itu yang didakwa dibuat secara bertanggungjawab dan "demi kepentingan awam."

Jurucakap Dow Jones - syarikat yang menerbitkan WSJ - memberi respon terhadap laporan polis yang dibuat Muhammad semalam.

Hasan berkata disebabkan keadaan surat itu juga, maklumat diberi Bank Negara tidak boleh dimasukkan ke laporan PAC kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab agensi berkenaan, serta boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak.

"Selain itu, Bank Negara sendiri sudah menyatakan siasatan terhadap 1MDB sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.

"PAC juga telah membentangkan laporan (siasatan mereka) ke parlimen. Oleh itu perkara ini telah selesai dan tidak perlu dipolitikkan," katanya.

Read more ...

Rashford cipta nama aksi sulung bersama England

SUNDERLAND: Marcus Rashford hanya memerlukan 135 saat untuk muncul penjaring ketiga termuda England apabila penyerang Manchester United itu melakukan penampilan sulung antarabangsanya menentang Australia, di Stadium of Light, awal pagi tadi.
Read more ...

Saturday, May 28, 2016

Awal Ashaari Nafi Dakwaan Gunakan Anak Untuk Raih Keuntungan

Semalam, telah berlangsungnya majlis pelancaran bagi koleksi pakaian raya Schawalara X Jakel di Kuala Lumpur.

Secar rasminya Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan anak mereka, Lara Alana dilantik menjadi duta kepada produk keluaran berkenaan yang dipasarkan oleh Jakel.

Memuat naik beberapa foto sekitar  majlis pelancaran tersebut di akaun Instagram miliknya, beberapa pihak berpendapat Awal telah mempergunakan anaknya untuk meraih keuntungan dan populariti.

Walaubagaimanapun, Awal menafikan dakwaan berkenaan dan tidak menerima sebarang tawaran begitu sahaja.

Rasanya istilah menjual anak itu agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bersetuju.

Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga.

Awal sebenarnya tidak pernah merancang untuk anaknya turut terlibat didalam dunia glamor tetapi ia adalah rezeki buat mereka.

Setiap bayaran yang Lara dapat akan terus dimasukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa hadapan.

Saya secara dasarnya tidak pernah merancang rezeki anak saya dan Alhamdulillah semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa depan dia.

Bagaimanapun ia bukan untuk jangka panjang kerana saya juga mahukan kehidupan normal buatnya.

Apa yang dilakukan oleh Awal Ashaari ada kebaikannya untuk Lara Alana di masa hadapan, sekurang-kurangnya beliau akan ada simpanan sendiri. Kata orang, selagi ada peluang ambil sahaja kerana ia adalah rezeki.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Aerotren KLIA beroperasi semula hari ini - Kosmo!

Aerotren KLIA beroperasi semula hari ini

28/05/2016 11:21am

Perkhidmatan aeroten di KLIA yang tergendala semalam beroperasio semula hari ini. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tergendala pagi semalam beroperasi semula hari ini, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Perkhidmatan tersebut yang membawa penumpang dari terminal utama ke bangunan satelit dilapor terganggu berikutan berlaku kerosakan.

MAHB dalam laman Facebook memaklumkan setakat pukul 7.22 pagi ini, kedua-dua aerotren di KLIA dilapor berfungsi seperti biasa.

"Kita juga bersiap sedia dengan 30 kenderaan termasuk 12 buah bas bagi memastikan perjalanan penumpang yang lancar," katanya. - Bernama

Read more ...

Poster Karakter Spock & Chekov STAR TREK BEYOND Diperlihatkan

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca Budiey.com. Pagi ini, Budiey nak tunjukkan kepada korang dua poster terbaharu karakter penting dan utama dalam filem STAR TREK BEYOND iaitu Spock & Chekov yang dihantar oleh United International Pictures.

Selepas pelancaran trailer terbaharu filem yang ditunggu ini, nampaknya dengan rilisnya poster ini menambah lagi keterujaan kita semua untuk menonton di pawagam nanti.

Let's keep up the good work! We have Spock & Chekov character posters for today!

Enjoy your weekend guys!

STAR TREK BEYOND

STAR TREK BEYOND

Star_Trek_Beyond_Character_1_Sheet_Malaysia_Bones

Star_Trek_Beyond_Character_1_Sheet_Malaysia_Jaylah

Komen via Facebook

Komen

— 116 Bacaan
Read more ...

(Video) Lelaki Nak Bunuh Diri di Lampu Isyarat, Orang Ramai Cuba Bantu Guna Batang Paip Tapi Perkara Sebaliknya Pula Berlaku

China - Seorang lelaki bertindak memanjat lampu isyarat setinggi 10 meter untuk membunuh diri di pusat bandar Changsa dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lepas, lapor shanghaiist.com

Namun niat lelaki itu berjaya dibatalkan setelah pihak polis dengan segera datang dan menggagalkannya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, lelaki terbabit kembali lagi memanjat lampu isyarat tersebut dengan niat yang sama.

Selepas berada di situ selama empat jam, sekumpulan orang ramai yang baik hati mengambil keputusan untuk menghulurkan bantuan.

Memandangkan penyelamat sudah pun membuka pelampung angin di bahagian bawah lampu isyarat, orang ramai yang ingin membantu itu berfikir mereka cuma perlu menolak lelaki berkenaan sehingga dia jatuh dan mendarat di atas pelampung tersebut.

Menerusi video kejadian, mereka dilihat menggunakan pelbagai 'alat' untuk mencapai objektif itu. Apabila batang penyapu tidak cukup panjang untuk menolak lelaki itu, mereka menggunakan batang paip 3 meter pula.

Pelbagai cara digunakan untuk membuat lelaki itu jatuh termasuklah memukul lampu isyarat itu supaya bergegar dan memukul lelaki itu sendiri supaya dia terjun.

Marah kerana dipukul bertalu-talu, lelaki tersebut bertindak melompat kembali ke atas jalan raya namun malang menimpanya apabila dia tidak melepasi penghadang jalan dan dia terjatuh ke bawah. Lebih malang dia tidak jatuh ke atas pelampung keselamatan yang disediakan.

Lelaki terbabit dikejarkan ke hospital, dimana doktor berkata dia kini berada dalam keadaan kritikal. Polis berkata mereka akan menyiasat tindakan orang-orang yang 'cuba membantu' ketika kejadian. -  Siakapkeli.my

Read more ...

Hadi: Calon bukan anak tempatan bukanlah masalah besar

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bukan calon anak tempatan Hadi, bukanlah masalah besar memandangkan pemimpin parti lain juga pernah bertindak sedemikian

"Lim Guan Eng pun bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Itu (calon tempatan atau tidak) bukan masalah," tambah Hadi.

ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Abdul Rani merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN Meru sejak 2008.

Sebelum menceburi politik, Rani mengusahakan sebuah klinik swasta 'Fitrah' di pekan Meru.

Sungai Besar memiliki 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus).

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Dalam pilihan raya umum (PRU) 13 Noriah menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh Husin dengan majoriti 399 undi sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar dijalankan serentak dengan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 5 Jun depan.

Pakatan Harapan sehingga kini masih belum menentukan calon yang akan bertanding dalam kedua-dua PRK tersebut.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula diumum sebagai calon BN di Sungai Besar.

Read more ...

Ibu berang kejar anak berlumba haram dengan selipar

SUNGAI PETANI: Seorang ibu yang berang dengan anaknya kerana ditahan polis dalam Operasi Bersepadu Mat Rempit di Batu 10, Jalan Gurun Jeniang, dekat sini, awal pagi Jumaat, mengejar anaknya sambil memegang selipar.
Read more ...

Friday, May 27, 2016

Adegan Panas Amar Baharin Dan Tiz Zaqyah Didalam Drama Akadku Yang Terakhir Viral Di Media Sosial

Tentu anda semua tahu dengan drama Akadku Yang Terakhir lakonan Amar Baharin dan Tiz Zaqyah yang tengah hangat sekarang.

Kata penonton,  lakonan mereka berdua cukup mantap dan boleh membuat mereka menitiskan air mata. Setiap kali besiaran pasti ia trending di Twitter.

Namun, sejak semalam satu adegan panas dimana babak watak Irham Zahri lakonan Amar merogol Ranie Baheera lakonan Tiz mendapat perhatian ramai.

Malah, video babak panas itu menjadi viral di media sosial.

Beberapa pihak agak terkejut melihat aksi tersebut dan mempersoalkan adakah tidak timbul sedikit pun nafsu dikalangan pelakon. Ada pula yang berpendapat, drama tempatan sudah mula berani menampilkan aksi sebegini untuk tontonan umum.

Erm, sebenarnya mungkin ia cara untuk seseorang pengarah menghidupkan lagi jalan cerita dan lakonan. Fikir positif mungkin itu "camera trick" je kot.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Tun M akan disiasat berhubung dakwaan Agong dikenakan 'tahanan rumah' - Kosmo!

Tun M akan disiasat berhubung dakwaan Agong dikenakan 'tahanan rumah'

27/05/2016 12:25pm

KUALA LUMPUR - Pihak polis akan memanggil Tun Mahathir Mohamad untuk memberi keterangan pada masa yang sesuai berhubung dakwaannya mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan akan dijalankan berkaitan dakwaan tersebut seperti yang disiarkan oleh blog dan portal berita tempatan di negara ini.

"Pada masa dan keadaan yang sesuai, kita akan dapatkan keterangan daripada Tun M bagi mendapatkan pengesahan daripada beliau mengenai dakwaan tersebut.

"Keterangan itu bertujuan untuk menjelaskan sama ada isu yang ditimbulkan oleh blog atau portal berita tersebut benar atau tidak," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Hospital Sempena Memperingati Hari Polis Ke-205 Tahun 2016 di Hospital Canselori Tuanku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan satu laporan polis dibuat oleh Penasihat Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Isnin lalu.

Tunku Abdul Aziz turut mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai 'palsu dan jahat'.

Menurutnya lagi, Tun M mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tanda tangan 1.4 juta rakyat yang beliau (Tun M) dakwa telah dikumpulkan. - K! ONLINE

Read more ...

Hafiz Hamidun Lancar Jubah Melalui Twitter & Periscope Malam Ini

Fans of Islamic music singer and songwriter Hafiz Hamidun will get an up close and personal opportunity to listen to his new single "Marhaban" tomorrow at 8.30PM (local time) via Twitter and Periscope. Twitter will give fans a chance to connect to and engage with the multi-platinum, award-winning singer and songwriter via a live Listening Party on Periscope and a Twitter Q&A session.

Hafiz will premiere Marhaban on Periscope , where excited fans across the world can finally have a first listen to the single; which will be followed by a Twitter Q&A with his fans about his new single. Hafiz Hamidun Fans can Tweet their questions to Hafiz using the #TanyaHH hashtag. He will then select questions to answer in real-time via written and video answers at his official Twitter account (https://twitter.com/hafizhamidun). Malaysian Islamic music star @hafizhamidun launches his new single Marhaban first on Twitter and Periscope

"Twitter allows me to connect with my local and overseas fans through live conversations via text, images and videos in my Tweets. I am honoured to be the first Malaysian artist to collaborate with Twitter for a music release, and I'm excited to have my fans join me at my first-ever Twitter Q&A session and Periscope listening party," said Hafiz Hamidun.

Pratiksha Rao, Head of Media Partnerships, Southeast Asia, Twitter, said:

"We are thrilled to collaborate with one of the most successful, influential Islamic singers in the Far East to engage with his fans and celebrate his music in real-time through Twitter and Periscope. Twitter is the best way to connect with your favourite artists through live conversations on our global platform."

First Malaysian artist to collaborate with Twitter for song launch

Hafiz does a wonderful job of using Twitter to connect with his 430,000 followers by expressing his thoughts and opinions, providing behind-the-scenes access to his life, and sharing inspirational and motivational quotes on the platform. Here are some of his most shared Tweets on the platform:

Even if you don't have a question in mind, follow the official @hafizhamidun account on Twitter and on Periscope to stay up to date on Hafiz's activities and to connect with the artist in real-time. Don't miss this once-in-a-lifetime opportunity to connect with the Sony Music artist and have a listen at his new single, Marhaban. About Twitter: Twitter is an iconic service and global platform for self-expression and live conversation. Twitter has always been the best place to see what's happening now. Whether it's breaking news, entertainment, sports, or everyday topics, only Twitter lets you connect with people anywhere in the world with live conversation. Anything that happens, you see it first on Twitter. By developing a fundamentally new way for people to consume, create, distribute and discover content, Twitter enables any voice to echo around the world instantly and unfiltered. Twitter is available in more than 40 languages around the world. The service can be acces sed at Twitter.com, on a variety of mobile devices, and via SMS. For more information, visit about.twitter.com or follow @TwitterSG.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Matahari Akan Berada Tegak Diatas Kaabah Jumaat Ini

CAIRO, 26 Mei –  Orang Islami di Mekah bakal menyaksikan fenomena unik pada tengahhari Jumaat ini apabila matahari akan berada betul-betul tegak di atas Kaabah.

Fenomena itu diumumkan oleh Molhem Hindi, seorang pengkaji astronomi di Jabatan Astronomi dan Sains Angkasa di Universiti Raja Abdulaziz, lapor akhbar Al Riyadh.

Munurut Molhem, matahari akan berada tegak 90 darjah di atas Kaabah pada 12:18 waktu tempatan (5:18 petang waktu Malaysia), sewaktu azan Jumaat.

Apa yang menarik, ketika ini Kaabah tidak akan menghasilkan bayang dan orang Islam pada boleh mencari kiblat (membuat semakan) yang tepat berpandukan matahari.

Fenomena unik ini berlaku dua kali setahun.

"Fenomena ini membolehkan orang ramai, yang menyaksikan fenomena itu, untuk mencari(menyemak) kiblat dengan tepat dan senang", kata Molhem sebagaimana lapor AboutIslam.

Tambah beliau juga, jika seseorang itu melihat (lurus) pada matahari ketika itu, dia akan memandang ke arah kiblat dengan ketepatan 100 peratus. - Siakapkeli.my

Cara semakan kiblat pada Jumaat ini

Read more ...

PRK: Fokus kempen mungkin sasar pengundi Cina

Kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil pada 18 Jun ini mungkin merupakan  kerusi majoriti pengundi Melayu.

Namun bilangan pengundi Cina di situ adalah signifikan - terutamanya di Sungai Besar, di mana terdapat lebih 14,000 pengundi Cina.

Dengan sokongan Cina mungkin menjadi 'penentu' di kedua-dua pilihan raya kecil itu, maka BN dan pembangkang masing-masing mendakwa mempunyai kelebihan dalam meraih undi masyarakat Cina.

Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke menyuarakan keyakinan bahawa sokongan kaum Cina tidak akan pergi kepada BN kerana pelbagai skandal yang melanda Umno.

"Kami berharap, dan kami yakin, pengundi Cina akan menyokong calon Pakatan Harapan di kedua-dua kerusi.

"Kami melihat tidak ada sebab mengapa orang Cina akan mahu menyokong BN," kata Loke kepada Malaysiakini.

Loke juga menegaskan bagaimana pengundi Cina mengundi PAS dalam pilihan raya sebelum ini kerana parti Islam itu mewakili Pakatan Rakyat ketika itu, tetapi kini gabungan itu sudah berkubur.

"Bagi kedua-dua pilihan raya kecil, itu, pengundi Cina pasti tidak akan menyokong PAS kerana isu-isu yang telah berlaku pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan khususnya selepas apa yang berlaku semalam," katanya.

Loke merujuk kepada Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang Ahli di Parlimen semalam tetapi Hadi, bagaimanapun, memutuskan untuk menangguhkan perbahasan mengenai RUU itu sehingga sidang Parlimen akan datang.

Loke juga berkata faktor tambahan yang akan memihak kepada Pakatan Harapan adalah populariti ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, yang telah dapat menyelesaikan banyak isu tanah di kawasan itu.

"Pengundi Cina tempatan gembira dengan kerajaan Selangor (yang diterajui Pakatan Harapan), di mana banyak geran tanah telah diberikan selepas pilihan raya umum 2008," katanya.

Bagaimanapun, Loke mengakui Kuala Kangsar merupakan satu cabaran yang lebih sukar bagi Pakatan Harapan, kerana kerajaan negerinya bukan dari pakatan pembangkang.

"Tetapi dalam pilihan raya umum lalu, pengundi Cina di Perak telah menyokong Pakatan dan saya yakin bahawa trend ini akan berterusan."

Bagaimanapun, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, Loke percaya ini akan memberi kelebihan kepada BN kerana undi Melayu berpecah.

"Oleh itu, walaupun kita yakin orang Cina akan menyokong Pakatan Harapan, kita perlu bekerja lebih keras jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar, kerana undi Melayu akan berpecah," katanya.

Dan Pakatan Harapan akan perlu bekerja lebih keras untuk meyakinkan pengundi muda supaya pulang mengundi.

"Kebimbangan bagi sokongan kaum Cina tidak begitu banyak mengenai parti mana yang mereka akan sokong, apa yang kita bimbang ialah kadar keluar mengundi. Kami bimbang pengundi luar tidak pulang mengundi," kata Loke.

Loke mungkin yakin pengundi Cina memberikan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan tetapi Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berpendapat majoriti tipis pengundi akan kembali kepada BN, dengan memetik contoh pilihan raya negeri Sarawak.

Ekoran kemungkinan peratusan keluar mengundi tidak akan menggalakkan sepertimana kebiasaannya dalam pilihan raya kecil sebelum ini, Yong berkata kemungkinan pengundi muda Cina pulang untuk mengundi, oleh itu, akan berkurangan.

"Jika itu berlaku, ia akan memberi memihak kepada BN," katanya.

Selain daripada peratusan keluar mengundi yang rendah boleh menjejaskan peluang Pakatan Harapan, Yong berkata pengundi mungkin bosan dengan perbalahan dalaman antara parti-parti pembangkang.

Dan pengundi Cina pasti akan menjadi penentu, sekiranya berlaku ada pertandingan tiga penjuru, katanya.

Gerakan, oleh itu, akan menggunakan sistem Jalinan Rakyat (JR) di mana kempen parti itu adalah dari rumah ke rumah untuk memahami masalah dan keperluan rakyat.

Ini, katanya, akan bermula selepas hari penamaan calon dan merupakan strategi untuk mereka lebih memahami rakyat.

"Seperti yang anda tahu, pembangkang akan membangkitkan isu 1MDB dan GST, jadi kami mahu tahu sama ada isu-isu ini benar-benar memberi kesan kepada rakyat," katanya.

Berdasarkan kajian akar umbi parti itu, tambahnya, warga emas mungkin tidak kisah tentang isu-isu tersebut.

Akhirnya, perkara yang paling penting adalah isu-isu seharian serta hal-hal keselamatan, katanya.

"Sekumpulan besar pengundi Cina di Sungai Besar terbabit dalam bidang pertanian, ada yang menjadi nelayan. Kita tahu ada masalah dalam bidang-bidang berkenaan. Gerakan sedang menelitinya bersama dengan MCA," katanya.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon pula berpendapat bahawa trend pengundian Cina akan merupakan campuran semua faktor.

Like Yong, Chong turut memetik perbalahan dalaman di kalangan parti komponen Pakatan Harapan, serta pertembungan antara pemimpin tertinggi PKR Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Selain faktor-faktor itu, katanya, ia juga bergantung kepada parti mana yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Semua ini akan memberi kesan kepada pola pengundian Cina," kata Chong yang baru-baru ini telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pemandu pilihan raya MCA bagi Sungai Besar.

Sepertimana Loke, Chong juga tidak fikir orang Cina akan memberi sokongan mereka jika calon PAS bertanding. Dan DAP pula tidak akan berani untuk berkempen untuk PAS, katanya.

"Ia masih terlalu awal, tetapi berdasarkan pra-analisis, kali ini kita (BN) mempunyai peluang yang sedikit lebih baik daripada pilihan raya lepas, apabila kita menang dengan majoriti tipis.

"Tetapi walaupun kita mempunyai sedikit kelebihan, keadaan akan berubah. Bagi pihak kami, kami telah memulakan kempen kami. Kami akan bermula dengan bekerja keras untuk mendapatkan sokongan daripada ahli MCA," katanya.

[Baca berita penuh]

Read more ...

United sah lantik Mourinho pengurus baharu

LONDON: Manchester United sudah melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baharunya, lapor Sky Sports sebentar tadi.
Read more ...

Thursday, May 26, 2016

Mira Filzah Nafi Jalin Hubungan Dengan Zizan Razak

Hujung minggu lepas menerusi sebuah akhbar tempatan, Mira Filzah dan Zizan Razak dikatakan begitu mesra bersama di balai polis ketika pelawak itu menemani Mira untuk membuat laporan polis setelah terlibat dalam satu kemalangan.

Walaubagaimanapun, sumber akhabr tersebut tidak mahu melabelkan mereka sebagai pasangan kekasih kerana tidak mahu mengada-adakan cerita.

Namun, sejak peminat Mira mendegar berita tersebut ramai yang ingin mengetahui perkara sebenar daripada mult Mira sendiri.

Terbaru, Mira menegaskan beliau masih lagi solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan percintaan bersama Zizan.

Jelas Mira, hubungan mereka tidak lebih daripada seorang teman rapat dari satu industri yang sama.

Mesti abang-abang diluar sana senyum keriangan lepas dengar berita Mira Filzah masih solo. Ada lah lagi peluang untuk memikat hati Mira…

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Wings mahu kumpul dana untuk Yazit - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Mei - Melihat penderitaan yang dihadapi Yazit Ahmad, 54, Wings melalui vokalisnya, Awie, menyatakan hasrat mengumpul dana untuk membantu pemain drum kumpulan Search tersebut.

Kata Awie, melalui perbincangan awal dengan salah seorang anggota kumpulan Wings, Iaitu Joe, mereka sudah membayangkan persembahan itu akan disertai beberapa pelawak tempatan.

"Kita tahu bagaimana sepanjang berpuluh tahun Yazit berada dalam industri dia berjaya menghiburkan kita. Jadi ini antara usaha kami untuk membantunya.

"Selain Wings, antara idea lain kami ialah mengumpulkan pelawak di atas pentas yang sama untuk persembahan ini," katanya.

Masih dalam proses perbincangan, katanya, dengan usaha ini harapnya mereka dapat membantu meringankan beban Yazit yang kini menghidap penyakit buah pinggang.

"Saya tidak berani janji bila akan kami laksanakan persembahan ini. Sebab masih dalam proses perbincangan.

"Namun memang Wings juga sudah bersetuju untuk membantu rakan kami ini, iaitu Yazit yang sedang berada dalam kesusahan," katanya ketika ditemui pada majlis perlancaran produk Royal Glow, di Damansara, Selangor.

Sementara itu bercakap mengenai kemelut yang melanda kumpulan Search, Awie berharap agar kumpulan ini kembali berbincang demi kebaikkan semua pihak.

"Saya cadangkan mereka duduk berbincang. Selesaikan perkara ini dengan baik. Beri kembali hak Yazit, seperti yang didakwa.

"Dalam saat ini ketepikan kepentingan lain, ingat kembali apa yang mereka sudah lalui sepanjang bersama," katanya yang turut berjanji untuk menjaga hubungan antara dia dan ahli kumpulan Wings yang lain. - UTUSAN ONLINE

Read more ...

Hafiz Hamidun Selebriti Malaysia Pertama Berkolaborasi Bersama Twitter

*Hafiz Hamidun, selebriti Malaysia pertama bakal berkolaborasi bersama Twitter untuk melancarkan single terbaru sempena Ramadhan, "Marhaban"*

25 Mei 2016, Kuala Lumpur: Hafiz Hamidun melangkah setapak lagi dengan menjadi selebriti Malaysia yang pertama bakal berkolaborasi dengan applikasi mikro blog paling popular, Twitter.

Kolaborasi ini bakal menyaksikan pelancaran single terbaru beliau "Marhaban" akan dilakukan secara interaktif dengan para pengikut beliau di Twitter pada 27 Mei 2016, tepat jam 8.30 malam.

"Saya akan membuat sesi soal jawab bersama peminat dengan menggunakan tag #TanyaHH dan akan menjawab soalan-soalan tersebut menggunakan aplikasi Periscope" kata Hafiz.

Para peminat yang mengikuti sesi ini juga bakal menyaksikan Hafiz secara langsung dari Afrika Selatan iaitu lokasi beliau bakal melancarkan single ini, bersempena konsert sulung beliau di Ladium, Pretoria.

Menurut Hafiz lagi, "Single ini merupakan single pertama yang bakal dimuatkan di dalam album baru saya yang ketujuh tidak lama lagi. Oleh kerana single ini bakal berada di pasaran pada hari yang sama dengan konsert saya di Afrika Selatan, saya mahukan peminat saya di seluruh dunia dapat mengikuti pelancaran ini secara interaktif, menerusi twitter".

Single "Marhaban" boleh dimuat turun menerusi iTunes dan streaming oleh rangkaian digital yang mengambil bahagian tepat jam 12 malam waktu Malaysia, 27 Mei ini.

Ikuti Hafiz Hamidun di Twitter: @hafizhamidun

Komen via Facebook

Komen

— 148 Bacaan
Read more ...

(Video) Bagaimana Nak Nyalakan Mancis Guna Getah Pengikat

Katakan, anda berada dalam hutan (camping) dan anda perlu membuat unggun api. Dalam kocek anda ada sekotak mancis.

Anda cuba menghidupkan mancis itu untuk menghidupkan api namun gagal kerana ia kertas disebelah kotak mancis (a.k.a emery) itu basah / sudah rosak.

Tapi jangan risau kerana kami akan memperkenalkan satu trik baru untuk menghidupkan api, iaitu dengan menggunakan getah.

Caranya mudah sahaja : (Untuk video, boleh scroll ke bahagian bawah).

1 - Ambil satu getah pengikat

2 - Pegang seperti gambar dibawah 3 - Ambil hujung atas dan lipatkannya ke tengah (seperti gambar dibawah) 4 - Pulas kedua-dua lubang itu ke arah belakang sehingga membentuk seperti gambar dibawah. 5 - Masukkan satu mancis ke dalam lubang yang baru dibuat tadi (Rujuk gambar) 6 - Kemudian masukkan mancis yang ingin dinyalakan ke dalam lubang satu lagi. 7 - Akhir sekali, "aim" dan lepaskan. Untuk video tutorial, boleh tengok di bawah ini.Amaran : Bermain api boleh membahayakan.
Read more ...

Khalil dilantik Yang Dipertua Melaka bagi penggal keempat

Tun Mohd Khalil Yaakob akan menerima surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka untuk penggal keempat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, esok.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Mohd Khalil akan menerima surat cara pelantikan itu pada istiadat yang diadakan di Istana Negara.

Sehubungan itu katanya kerajaan negeri dan rakyat Melaka mengucapkan setinggi tahniah dan syabas atas pelantikan semula Tun Khalil.

"Kami rakyat Melaka akan sentiasa bersama Tun (Khalil) untuk terus memayungi dan menaungi negeri Melaka ke arah Melaka Maju Fasa Kedua.

"Saya bersama barisan exco kerajaan negeri akan ke Istana Negara esok untuk menghadiri upacara itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Idris berkata pada Jumaat ini pula akan diadakan Istiadat Angkat Sumpah Yang Dipertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Mohd Khalil, 78, menerima surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka Keenam pada 2 Jun 2004, dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 4 Jun 2004.

- Bernama

Read more ...

Wednesday, May 25, 2016

Amy Akui Terluka Dengan Komen Awie Yang Anggap Search Abaikan Yazit

Konflik antara kumpulan Search dan pemain dram mereka, Yazit bukan sahaja menarik perhatian peminat tetapi penyanyi yang sealiran dengan mereka iaitu Awie Wings.

Dalam satu kenyataan di sebuah portal, Awie berkata tiada gunanya untuk Amy mewujudkan sekolah tahfiz tetapi tidak membantu Yazit yang merupakan rakan beliau selama berpuluh tahun sedangkan ia juga adalah "saham akhirat" buat Amy.

Berikut adalah kenyataan penuh Awie :-

Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja. Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini.

Awie juga berpendapat, ahli kumpulan Search harus mengetepikan ego masing-masing.

Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego.

Susulan kenyataan Awie itu, Amy yang dihubungi oleh media berkata, beliau benar-benar terluka dengan kata-kata Awie lebih-lebih lagi ia melibatkan isu ibadah beliau.

Namun, Amy tidak meletakkan seratus peratus kesalahan kepada Awie kerana yakin vokalis kumpulan Wings itu tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak. Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja.

Mungkin juga Awie sekadar ingin memberikan nasihat dan tidak mahu melihat kumpulan yang sama-sama popular dengan Wings berpecah dek kerana isu wang ringgit dan rasa tidak puas hati. Hmmph..

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

MyIMMs: KDN bertindak - Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 24 Mei - Kementerian Dalam Ne­ge­ri (KDN) telah melaksanakan pusingan kerja terhadap sebilangan pegawai imigresen di pintu-pintu masuk negara selain akan melakukan pro­ses pertukaran pegawai berikutan kelemahan-kelemahan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang dikesan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, siasatan awal terhadap MyIMMs mendapati faktor manusia di Jabatan Imigresen merupakan antara faktor kelemahan sistem berkenaan selain daripada kelemahan perisian sistem itu.

Beliau berkata, pasukan petugas khas yang diketuai oleh beliau sendiri akan menyiasat sepenuh­nya kelemahan-kelemahan pelaksanaan sistem MyIMMs dan sedang dalam proses mengumpul dokumen-dokumen berkaitan.

"Pasukan petugas khas akan membuat siasatan lanjut secara menyeluruh berkaitan kelemahan sistem yang ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya kepada pembe­rita selepas menghadiri Sesi Bersama Media Susulan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN percaya wujud perbuatan sabotaj di peringkat da­laman melibatkan pelaksanaan MyIMMs, justeru itu, pemantauan sedang dilakukan supaya tindakan diambil ke atas semua yang terlibat.

Ahmad Zahid berkata, beberapa tindakan awal telah diambil dan bakal diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan wujudnya sindiket pemalsuan pasport dan pemerdagangan manusia di KLIA dan KLIA2 ekoran penahanan dua pega­­-
wai imigresen bersa­ma 17 individu lain 
di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Sa­kib berkata, kewujudan penglibatan pihak luar yang mensabotaj MyIMMs menyebabkan sistem tersebut tergendala dan menghadapi masalah kecekapan.

Beliau berkata, faktor luaran tersebut termasuk penglibatan pihak vendor dan warga asing selain faktor dalaman membabitkan pegawai-pegawai jabatan itu sendiri.

"Pada masa ini, kita sedang meneruskan siasatan bagi menentukan siapa yang terlibat. Kita akan membuat pengumuman bersama pihak polis apabila tiba masanya.

"Pihak-pihak ini tidak dipanggil lagi, tetapi kita jalankan siasatan. Sudah tentu apabila kita menjalankan siasatan, kita terpaksa memanggil mereka untuk disoal dan sebagainya," katanya.

Read more ...

Teater DATO’ SERI Lakonan Radhi Khalid

Dato' Seri adalah sebuah adaptasi The Tragedy of Macbeth karya William Shakespeare yang bakal dipentaskan pada 1 hingga 5 Jun 2016

dengan menampilkan Radhi Khalid, Safia Hanifah, Na'a Murad, Redza Minhat serta penampilan istimewa oleh Dato' Faridah Merican.

TARIKH & MASA

1 Jun 2016 @ 8:30pm (Pra-tonton)

2 Jun 2016 @ 8:30pm (Malam Pembukaan)

3 – 4 Jun 2016 @ 8:30pm

5 Jun 2016 @ 3pm

TEMPAT

Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre

 

HARGA TIKET: 

RM 35 (Malam pra-tonton sahaja)

RM 45

RM35*

*Pelajar, Warga Kurang Upaya, Warga Emas & Ahli Kad TAS

Hanya untuk pembelian di kaunter klpac/penangpac bersama bukti pengesahan

Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my

atau hubungi kaunter tiket klpac di 03-4047 9000

DATO' SERI

Arahan

Omar Ali

Adaptasi 

Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Omar Ali

Penerbit Eksekutif

Dato' Faridah Merican

Pengarah Artistik

Joe Hasham OAM

Sinografi

Yusman Mokhtar

Kostum & Penata Rias

Dominique Devorsine

Barisan Pelakon

Aiman Asmawar

Amanda Ang

Ashraf Zain

Faridah Merican

Fatin Syazwanie

Ho Lee Ching

Mark Beau de Silva

Megat Sharizal

Na'a Murad

Nawfal Zamri

Radhi Khalid

Redza Minhat

Safia Hanifah

Siti Farrah Abdullah

Yusuf Amin

Untuk mengetahui perkembangan di belakang tabir,

ikuti laman Facebook Dato' Seri di sini.

Komen via Facebook

Komen

— 102 Bacaan
Read more ...

“Saya Bukanlah Wanita High Maintenance”

Read more ...

Kepala Terputus Dari Badan Digigit Unta

New Delhi, 25 Mei: Seorang lelaki maut apabila kepalanya terputus selepas seekor unta miliknya menggigit tengkuknya.

Harian Metro melaporkan, ketika kejadian haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu sedang leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan pada Sabtu sebelum dia teringat untanya ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari.

Ketika cuba membuka ikatan pada kaki, unta tersebut mejadi agresif dan menyerangnya.

Menurut saksi yang juga jiran lelaki terbabit, untuk itu mengigit tengkuk tuannya sehingga menyebabkan kepala lelaki itu terputus.

"Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus," katanya.

Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.

Sebelum ini, haiwan itu juga pernah menyerang pemiliknya.

Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingg a 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.

Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.

Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.

Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka. -

Read more ...

AirAsia X kembali raih keuntungan

AirAsia X Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM218.52 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2016 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM117.28 juta tahun lepas.

Perolehan melonjak kepada RM970.67 juta daripada RM775.37 juta, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah penumpang dan pertumbuhan dalam purata tambang asas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Kamarudin Meranun berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu telah memulakan pelbagai inisiatif bagi mengukuhkan asas yang melibatkan kecairan tunai, melaksanakan struktur kos yang lebih berdisiplin dan menggunakan rangkaian disatukan untuk pertumbuhan pendapatan.

"Inisiatif ini telah menghasilkan peningkatan dalam operasi teras kami.

"Pada suku pertama 2016, pasaran China menyumbang pertumbuhan tertinggi kepada operasi Malaysia AirAsia X. Perolehan dari China melonjak 49 peratus berbanding tahun ke tahun disebabkan oleh jumlah pergerakan penumpang yang meningkat manakala tambang asas naik 54 peratus berbanding tahun ke tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu mengunjur trend positif ini akan berterusan sepanjang tahun dengan pelaksanaan program pengecualian visa bagi pelancong China yang melawat Malaysia.

Thai AirAsia X juga mencatatkan jumlah muatan yang tinggi pada 88 peratus bagi laluan Bangkok-Shanghai dan baru-baru ini menambah laluan Bangkok-Shenyang kepada rangkaiannya yang semakin berkembang pada April.

AirAsia X berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya di China dengan lebih banyak laluan baru dari Malaysia dan Thailand pada tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata bagi masa depan, kumpulan kekal fokus meneroka insiatif strategik untuk mengekalkan momentum pendapatan bagi pertumbuhan berterusan di Malaysia dan Thailand di samping menilai semula operasinya di Indonesia.

Persekitaran industri yang mencabar dijangka berterusan dengan ketidaktentuan dalam mata wang, kawal selia dan isu luar negara yang lain.

"Kami telah melindung nilai 100 peratus daripada keperluan bahan api syarikat bagi baki suku tahun 2016 pada purata harga bahan api jet sebanyak US$54 setong bagi laluan sedia ada yang dirancang.

"Ini secara langsung akan membolehkan kami mengurangkan kesan turun naik kos bahan api dan menguruskan kos dengan lebih baik di samping meneroka laluan baru," katanya.

Pada suku pertama 2016, perbelanjaan bahan api syarikat dikurangkan 11 peratus berikutan harga bahan api lebih rendah, yang membantu mengurangkan kos tempat duduk setiap kilometer dengan lapan peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.

- Bernama

Read more ...

Pengawal keselamatan maut dihempap papan tanda

MELAKA: Seorang pengawal keselamatan maut apabila sebuah papan iklan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pokok Mangga-Klebang, di sini, menghempapnya, kira-kira jam 7.15 pagi tadi.
Read more ...

Tuesday, May 24, 2016

Wak Doyok Berang Difitnah Sebagai Gay Bersama Myo

Sering terpalit dengan pelbagai dakwaan yang mengatakan beliau bukan "lelaki sejati", Wak Doyok tidak dapat lagi menahan amarahnya apabila baru-baru ini ada sebuah blog memfitnah beliau menjalinkan hubungan gay bersama Myo daripada kumpulan Oh Chentaku.

Wak menerusi akaun Twitternya berkata, foto  itu dirakam sewaktu menjalani penggambaran bagi program Ke Jepun Ke Kita. Wak dan Myo akan menjelajah negeri Jepun bagi siri televisyen berkenaan.

Masih ada mulut longkang. Weh aku shooting lah dol. Apa dah pekak punya blog ni.

Wak Doyok (kiri) bersama Myo (kanan) di Jepun

Siapa yang tidak marah apabila foto sewaktu rakaman program televisyen pun dijadikan bahan untuk mencetuskan gosip dan spekulasi. Lebih-lagi menuduh seseorang itu gay. Bersabar lah Wak Doyok.

Sumber Berita : Twitter Wak Doyok

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Derma RM2.6b: Versi mana yang betul, tanya Kit Siang - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menjelaskan versi sebenarnya mengenai sumber derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Penjelasan itu penting bagi merungkai segala macam versi mengenai sumber kewangan itu sejak didedahkan oleh The Wall Street Journal pada bulan Julai tahun lepas, ujar beliau yang merupakan ahli parlimen Gelang Patah.

Dalam versi terbaru, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi memberitahu Najib mengakui menerima dana itu, menerima kelulusan Bank Negara untuk membawa masuk wang itu setelah berbincang dengan gabenornya ketika itu, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz.

Selain Puad, Lim turut memetik kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada bulan Ogos tahun lalu yang berkata bahawa derma itu adalah 'negara sahabat'.

Empat hari kemudiannya pula, Ketua Umno cawangan Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat menyifatkan derma ke dalam akaun Najib adalah sumbangan politik Arab Saudi penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Namun, pada 22 Ogos, Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi mengatakan derma itu datang daripada 'sahabat Islam di Timur Tengah' untuk membantu Umno menewaskan DAP dalam pilihan raya umum dan pada hari yang sama, (timbalan perdana menteri) Zahid (Hamidi) beritahu beliau berjumpa dengan wakil penderma yang memaklumkan derma itu adalah penghargaan usaha kerajaan menangani pengganas, dan membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan status Malaysia sebagai negara Sunni." katanya.

British Broadcasting Corporation (BBC), tambah Lim, melaporkan sumber Saudi yang tidak mahu dinamakan mengatakan duit yang didermakan itu bertujuan membantu perdana menteri dalam pilihan raya umum yang lalu dan menguruskan pengaruh kesaudaraan Islam di Malaysia, katanya.

"Bolehkah Najib sekarang membuat pengesahan yang sama satu yang betul dan benar dan yang mana pula versi yang tidak betul, tidak benar.

Lim juga mahu Najib mendedahkan sama ada jumlah deposit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah RM2.6 bilion atau RM4.2 bilion, ujar beliau.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Amyra Rosli Buka Pintu Hati Untuk Saharul Ridzwan

Keperibadian Saharul Ridzwan yang dilihat sangat menjaga perlakuannya dengan wanita dan warak telah menambat hati Amyra Rosli? Adakah telah terjawab segala desas desus mengenai gadis pilihan yang bertakhta di hati Saharul?

Ya.. memang Amyra telah mengisi ruang kosong di hati Saharul tetapi itu hanya dalam drama terbaharu slot Akasia yang diadaptasi daripada novel nukilan Kamsiah Abu iaitu Seindah Takdir Cinta yang diterbitkan oleh Buku Prima bermula 25 Mei ini. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Zul Huzaimi dan dibawah terbitan rumah produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Selain Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli yang memegang watak utama, pelakon lain yang turut membantu ialah Redza Rosli, Azri Iskandar, Mahmud Ali Basha, Raja Emma, Ifa Raziah, Mubarak Majid, Lydiawati, Rudy Imran dan ramai lagi.

Drama Seindah Takdir Cinta

Mia Karmila (Amyra Rosli) seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya.

Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah kedua mereka memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka? Nantikan gandingan mereka untuk mengetahui kesudahan drama istimewa Ramadan nanti menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.58 petang.

Drama Seindah Takdir Cinta

Drama Seindah Takdir Cinta

Drama Seindah Takdir Cinta

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *